Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sudah setahun lebih tamat, akhirnya nama rasmi Founding Titan Eren didedahkan!

Maira by Maira
July 18, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Sudah setahun lebih tamat, akhirnya nama rasmi Founding Titan Eren didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah beberapa bulan Attack on Titan Season 4 The Final Season Part 2 tamat. Kita juga telah didedahkan dengan pelbagai perkara antaranya kewujudan titan di dunia itu, kuasa titan lain dan juga rancangan Eren dalam menghapuskan manusia. Tetapi ada pendedahan terbaru yang telah dibuat oleh pihak produksi anime. Khabarnya, Hajime Isayama sendiri yang mendedahkan maklumat itu sendiri. Selama ini, kita ingatkan Founding Titan Eren tiada nama, rupa-rupanya ada!

Melalui Twitter rasmi, pihak produksi anime telah mendedahkan cover rasmi untuk Blu-ray volume ke-4 untuk AOT Final Season Part 2. Bersama-sama dengan pendedahan tersebut, Hajime Isayama juga telah mendedahkan nama Founding Titan Eren. Kalau anda ingin tahu, nama yang diberikan untuk bentuk titan tersebut ialah “The Final Titan” atau dalam bahasa Jepun, “Shubi no Kyojin.”

進撃の巨人The Final Season BD&DVD第4巻ジャケット公開!
ミカサとアルミンの見つめる先には、幼少期のエレン、そしてエレン巨人最終形態である終尾の巨人(※分類上の名称がなかったので、諫山先生につけていただきました)がいるインパクトあるビジュアルです!https://t.co/dPbfxxA2rN#shingeki pic.twitter.com/dKChIG7Eyx

— アニメ「進撃の巨人」公式アカウント (@anime_shingeki) July 15, 2022

The Final Titan ini telahpun diperkenalkan kepada kita semasa pengakhiran musim terbaru anime dengan Eren yang menyerap kuasa Founding Titan dan memulakan The Rumbling. Dalam episod itu juga, kita telah melihat bagaimana Eren telah berubah menjadi antagonis siri serta konflik dan masalah yang berlaku dalam dunia tersebut. Dengan The Rumbling yang bermula, manusia kini perlu menghentikan Eren jika tidak mahu dihapuskan.

Kalau anda yang sudah membaca manga, sudah tentu anda mengetahui pengakhiran siri ini. Tetapi kita bagi peluang untuk peminat anime untuk nikmati jalan penceritaan Isayama-sensei ini. Anime Attack on Titan yang seterusnya dijadualkan untuk tayangan pada tahun 2023. Tarikh tayangan rasmi masih belum diumumkan tetapi ia sepatutnya tidak begitu lama. Kami pasti anda juga mesti tidak sabar untuk menontonnya. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Attack on Titan daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Attack on TitanErenFounding Titan ErenThe Rumbling
Previous Post

One Piece *SPOILER*: Bab baru berkaitan Sabo, seorang watak penting akan mati

Next Post

Manga Black Clover akan kembali pada 31 Julai 2022 selepas 3 bulan berehat

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Manga Black Clover akan kembali pada 31 Julai 2022 selepas 3 bulan berehat

Manga Black Clover akan kembali pada 31 Julai 2022 selepas 3 bulan berehat

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd