Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Sudah hampir tamat” — Pelukis Manga My Hero Academia Berikan Mesej Berkaitan Penamat Siri!

Maira by Maira
December 19, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
“Sudah hampir tamat” — Pelukis Manga My Hero Academia Berikan Mesej Berkaitan Penamat Siri!
Share on FacebookShare on Twitter

Acara Jump Festa 2023 secara rasmi telah tamat semalam. Rasanya semua sudah teruja untuk tonton anime kegemaran yang akan ditayangkan pada tahun depan. Pelukis komik, juga telah meninggalkan mesej masing-masing kepada peminat yang hadir ke acara tersebut. Mesej daripada pelukis manga My Hero Academia, Horikoshi Kouhei juga tampil dengan mesejnya berkaitan penamat untuk siri tersebut.

Sumber: Twitter

Mesej tersebut berbunyi seperti ini:

“Pada Jump Festa tahun lepas, saya menulis surat yang mengatakan bahawa ‘jika semuanya berjalan mengikut perancangan, manga akan tamat dalam masa setahun’. Jadi setahun telah berlalu dan manga masih belum berakhir. Dan ia bukan disebabkan oleh pace yang perlahan mahupun memanjangkan cerita. Saya cuma terlampau baik, seperti seorang kanak-kanak yang manis seperti kek chiffon Sato.”

Seperti yang dinyatakan dalam mesej tersebut, tahun lepas memang pelukis tersebut ada menyatakan bahawa dia ingin tamatkan siri My Hero Academia pada tahun ini. Tetapi anggapannya salah dan siri itu masih lagi diteruskan. Walaupun begitu, Horikoshi menyatakan bahawa siri tersebut sudah semakin hampir kepada penamat, dengan kedua-dua hero dan villain memberikan sepenuh kuasa mereka untuk mencapai matlamat tersendiri.

Dia juga menambah bahawa dia akan berusaha dan mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong siri My Hero Academia. Katanya, sokongan yang diberikan menjadi sebab dia dapat terus melukis untuk siri manga tersebut selama lapan tahun.

Manga My Hero Academia telah memasuki “Final Act” pada Mac 2021. Siri itu telah dilancarkan dalam majalah Weekly Shonen Jump pada Julai 2014. Anda boleh membaca manga ini secara percuma menggunakan platform rasmi Shueisha iaitu MangaPlus, yang memberikan terjemahan Inggeris kepada pembaca. Berikut adalah sinopsis untuk manga menurut MangaPlus:

Pelajar sekolah menengah, Midoriya Izuku mahu menjadi seorang hero lebih daripada segala-galanya, tetapi dia tidak mempunyai sedikit pon kuasa dalam dirinya. Tanpa peluang untuk memasuki U.A. yang berprestij. Sekolah untuk hero baru, hidupnya nampaknya mencapai jalan buntu. Kemudian, dia bertemu dengan All Might, hero terhebat mereka semua, memberinya peluang untuk mengubah nasibnya…

Untuk liputan lain mengenai My Hero Academia, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Kōhei HorikoshimangaMy Hero Academia
Previous Post

Barbie akan ditayangkan di Malaysia 20 Julai 2023, menampilkan Margot Robbie & ramai lagi!

Next Post

Manga Jujutsu Kaisen ‘mungkin’ akan tamat tahun depan, bak kata pencipta!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Manga Jujutsu Kaisen ‘mungkin’ akan tamat tahun depan, bak kata pencipta!

Manga Jujutsu Kaisen 'mungkin' akan tamat tahun depan, bak kata pencipta!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd