Fall Guys baru-baru ini telah menjadi percuma untuk anda semua mainkan di pelbagai platform kecuali mobile. Tetapi di mobile, ada satu game rip-off Fall Guys yang boleh dimainkan iaitu Stumble Guys. Kalau anda ingin tahu, Stumble Guys ini merupakan game paling ramai dimainkan sekarang di platform itu. Jom kami ceritakan lebih lanjut mengenainya.

Dibangunkan oleh Kitka Game, sebuah studio Finnish, Stumble Guys kini telah di muat turun lebih daripada 162 juta kali sejak pelancarannya pada Oktober 2020. Malah ia juga telah menjana keuntungan sebanyak lebih $21 juta (RM 93 juta) dan kini merupakan aplikasi game pertama di gedung aplikasi. Melalui AppMagic, ia aplikasi ke-5 teratas di bawah aplikasi sosial seperti TikTok, Instagram, Facebook dan WhatsApp Messenger.

Game-nya juga mengikuti format yang sama seperti Fall Guys, di mana lebih daripada 23 pemain akan berentap dalam satu siri game knockout. Kebanyakan daripada game itu akan menampilkan perlumbaan antara pemain yang penuh dengan halangan dan beberapa level lain yang memerlukan pemain untuk bertahan pada platform selama mungkin.

Stumble Guys boleh dikatakan lancar pada waktu yang hampir sama tetapi pada waktu itu, Fall Guys hanya tersedia pada PC dan PS4 manakala Stumble Guys pula boleh dimainkan pada peranti mobile dan PC melalui Steam. Boleh dikatakan hebat jugalah kerana kekal menjadi game paling banyak dimuat turun malah hari ini sahaja sebanyak lebih 1 juta muat turun telah direkodkan. Anda juga mesti ada yang bermainnya sekarang ini.

Menurut Kitka, Stumble Guys mempunyai purata pemain seramai 18 juta setiap hari, jauh lebih ramai daripada Fall Guys sebelum game itu menjadi percuma pada bulan Jun lalu. Fall Guys juga kini boleh dimainkan pada Nintendo Switch, PS5 dan Xbox Series X|S. Ia juga tersedia di Epic Games menggantikan Steam tetapi pemain Steam masih lagi disokong pada platform tersebut.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post