Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Studio TRIGGER Melawat Comic Fiesta ’23 – Sesi Q&A Bersama Studio Animasi ‘Little Witch Academia’, ‘Gurren Lagann’, ‘Kill la Kill’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 24, 2023
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Pameran/Expo, Tempatan
0 0
0
Studio TRIGGER Melawat Comic Fiesta ’23 – Sesi Q&A Bersama Studio Animasi ‘Little Witch Academia’, ‘Gurren Lagann’, ‘Kill la Kill’
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai salah satu highlight untuk hari terakhir Comic Fiesta 2023, Yoshinari Yoh dan Naoko Tsutsumi daripada Studio Trigger telah melawat Malaysia untuk mengadakan panel Little Witch Academia sambil menjawab soalan daripada para pengunjung. Pelbagai soalan diajukan, dan berikut adalah rumusan pendek tentang topik yang dibincangkan semasa panel ini berlangsung.

Yoshinari Yoh

Sebagai pengenalan, Yoshinari Yoh ialah pengarah animasi, ilustrator dan pereka watak terkenal di Studio TRIGGER. Membuat penampilan sulung di GAINAX, Yoshinari bertanggungjawab untuk reka bentuk mekanikal GURREN LAGANN, reka bentuk konsep untuk anime seperti Panty & Stocking dengan Garterbelt dan KILL la KILL, dan kini merupakan salah seorang tokoh utama di Studio TRIGGER. Beberapa projeknya yang lebih terkenal termasuk Little Witch Academia, BNA, dan terbaru Cyberpunk: Edgerunners.

Naoko Tsutsumi

Naoko Tsutsumi pula ialah produser animasi dan penyelia produksi di Studio TRIGGER, bermula sebagai pembantu produksi di GAINAX di GURREN LAGANN dan Panty & Stocking with Garterbelt antara lain-lain. Di Studio TRIGGER, Tsutsumi berkhidmat sebagai production desk untuk Black Rock Shooter dan kemudian, produser animasi untuk Little Witch Academia. Beberapa sumbangannya termasuk THE TWINS dan The Elder daripada siri animasi “STAR WARS: VISIONS” dan Cyberpunk: Edgerunners.

Mengembangkan Little Witch Academia

Kredit: Studio Trigger

Sebagai tajuk panel, sudah tentu mereka akan membincangkan tentang Little Witch Academia. Bak kata mereka, cerita Little Witch Academia kini berbeza antara animasi dan filem dan mereka ingin tahu bahagian mana untuk diperhatikan antara cerita dan animasi. Terdapat tiga projek untuk Little Witch Academia; satu ialah Kickstarter, satu ialah filem dan satu lagi ialah siri animasi.

Kredit: Studio Trigger

Durasi projek Kickstarter kira-kira 30 minit, dan lebih seperti projek untuk melatih juruanimasi muda. Memang projek itu tidak diletakkan sebagai fokus utama tetapi berkat sokongan peminat, ia menerima sambutan yang sangat-sangat tinggi. Semua orang menyukainya, ia menjadi popular dan ramai mahu melihat sambungan baru. Oleh itu, mereka menggunakannya sebab asas dan kemudian membuat filem dan anime demi mengembangkan universe Little Witch Academia.

Delicious in Dungeon Dan Makanan Malaysia

Kredit: Studio Trigger

Delicious in Dungeon (Dungeon Meshi) akan datang pada bulan Januari 2024 dan ini adalah kali pertama studio membuat adaptasi anime daripada manga, mereka tidak pernah melakukannya sebelum ini. Jadi kami tertanya; apakah yang membuatkan siri ini begitu istimewa?

Mereka berkongsi apabila Delicious in Dungeon Bab 8 keluar, Studio Trigger telah mencipta iklan untuknya yang disiarkan di Jepun. Semua orang menyukainya dan cukup kagum dengan animasi tersebut. Pengarah yang mengerjakan iklan itu sebenarnya terlibat dengan Gridman dan Little Witch Academia dan dia sangat menyukai manga ini. Semasa dapat tahu tentang projek iklan Delicious in Dungeon, dia sendiri pergi kepada bos dan minta izin untuk menguruskan projek itu. Ternyata, ia menjadi satu kejayaan. Syarikat untuk manga pun menyukainya. Disebabkan kesungguhan, semangat dan cintanya untuk manga, itulah sebabnya Studio Trigger memilih Delicious in Dungeon untuk melakukan adaptasi anime.

Kredit: Studio Trigger

Alang-alang topik tentang makanan, mereka tanya penonton “apakah makanan yang patut mereka cuba di Malaysia. Sudah tentu kami minta mereka untuk mencuba makan Nasi Lemak. Yoshinari sebenarnya pernah makan Nasi Lemak dan kata “sedap tapi terlalu pedas untuk saya”. Naoko pula sangat suka Nasi Ayam.

Masa Depan Studio Trigger

Kredit: Gamer Santai

Daripada semua anime yang Studio Trigger telah lakukan, majoriti anime tidak mendapat kesinambungan untuk Season 2. Jika ada peluang, anime mana yang mereka mahu untuk Season 2?

Naoko kata , jika boleh dia mahu semua anime di bawah Studio Trigger mendapat Season 2. Tetapi itu tidak boleh dilakukan begitu mudah. Mereka memerlukan peminat, dan penyokong untuk bantuan. Jika anda benar-benar mahu melihat Season 2 untuk anime tertentu, sila tunjukkan kesungguhan dan minat 100%.

Kredit: Studio Trigger

Pada masa yang sama, salah seorang penonton bertanya kepada Yoshinari sama ada dia melakukan projek baharu atau meneruskan projek lama. Dia menjawab “Ya, saya sedang mengusahakan projek baharu tetapi kami belum dapat memberitahu apa-apa lagi.”

Mesej Kepada Peminat

Kredit: Gamer Santai

Sepanjang Q&A berlangsung, Yoshinari Yoh sebenarnya sedang melukis watak utama Little Witch Academia iaitu Atsuko “Akko” Kagari secara langsung sempena ulang tahun ke-10 anime. Di lukisan itu, watak utama di KLCC bersama bintang yang sedang bergerak. Yoshinari terkejut kerana Kuala Lumpur sangat besar dan berkata, “Saya suka budaya dan semuanya sangat menyeronokkan untuk berinteraksi’. Jadi dia ingin melukis Akko dengan KLCC di Malaysia.

Kredit: Gamer Santai

Di penghujung panel, mereka memberi 12 hadiah rawak kepada pengunjung di mana hadiah pertama ialah CD Blu Ray Little Witch Academia dengan tandatangan eksklusif.

Yoshinari berkata dia seronok melukis di hadapan semua orang dan seronok melukis KLCC dan Akko di Malaysia. Dia benar-benar gembira melihat peminat di Malaysia dan cuma nak kata dia benar-benar bersyukur.

Naoko pun kata terima kasih dan berkata Studio Trigger akan membuat lebih banyak projek pada masa hadapan, jadi sila sokong mereka.


Dapatkan segala berita kami tentang Comic Fiesta di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Comic FiestaMalaysiaStudio Trigger
ShareTweetSend
Previous Post

Mencari Seni Doujin Buatan Malaysia? Jom Singgah Art Booth Menarik Di Comic Fiesta 2023!

Next Post

Cosplay Kegemaran Kami Di Comic Fiesta 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Cosplay Kegemaran Kami Di Comic Fiesta 2023!

Cosplay Kegemaran Kami Di Comic Fiesta 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd