Cellar Vault Games sebuah studio permainan indie Malaysia yang sebelum ini turut membuat permainan seram “the plight”, sekali lagi membuat debut dengan sebuah lagi permainan terbaru yang agak unik. Bersempena “Ghost Festival” mengikuti budaya bangsa Cina pada bulan Ogos ini, Cellar Vault Games secara rasmi akan melancarkan “7PM: a Short Creepy Tale” yang sememangnya permainan ini agak unik kerana ianya membawa unsur dan penampilan seperti “papercraft” dan “berhantu”.
Mengenai 7PM
7PM adalah sebuah siri permainan antalogi seram yang membawa penceritaan di sebuah kawasan blok flat low-cost. Membawa pengalaman harian 3 kanak-kanak yang tinggal disana dan mereka ingin menjemput seorang jiran baru, seorang kanak-kanak lelaki yang agak misterius untuk bermainan bersama mereka.
Namun, apa yang seharusnya menjadi persahabatan berubah pula menjadi kelam kerana setiap kanak-kanak ini dialami situasi yang menggerikan. Lebih mendalam lagi, sebenarnya banyak lagi pekara misteri di blok flat ini yang tidak ramai penduduk tahu serta rahsia gelap yang tersembunyi dimana sahaja disitu andai anda dapat melihatnya.
Jalan Pemainan
Pemain akan menghabiskan hujung minggu berkenalan dengan jiran di flat tersebut, bergerak di antara kawasan yang berbeza, bercakap dengan orang yang berbeza dan menyelesaikan task serta permainan mini dalam permainan ini. Perlahan-lahan anda akan temui petua baru, cari item dan temui orang baru untuk berbual.
Dalam permainn ini, pilihan jawapan dialog adalah sangat penting. Pemain akan berinteraksi dengan orang yang berbeza dalam perbualan dan akan ketahui keseluruhan penceritaan melalui mereka. Tetapi, anda perlu berhati-hati kerana ada masanya pemain harus memilih jawapan yang betul untuk situasi kritikal.
Ada juga misi yang memerlukan anda melakukan lebih dari perbualan. Jadi selesaikan segala misi dengan betul sambil dikejar hantu! Eh!
Hey Semua! ✨
“Chinese Hungry Ghost Festival” sudah hampir dan kami ingin berkongsi sedikit sejarah dengan anda semua! Sekiranya anda pernah tertanya-tanya mengapa orang Cina membakar persembahan yang menyerupai jongkong emas dan barang-barang isi rumah yang lain, itu kerana kepercayaan tradisional bahawa kekayaan dapat diserahkan kepada orang yang kita sayangi di akhirat dengan membakarnya. Ini berlaku semasa Festival Hantu, juga sering disebut sebagai Festival Hantu Lapar, Zhongyuan Jie (中元节), atau Gui Jie (鬼节).
Kertas yang dibakar mewakili jongkong emas dan perak yang nilainya diukur dalam tael, sebahagian daripada sistem berat dan mata wang China kuno. Kepercayaannya adalah bahawa kertas yang dibakar di dunia ini akan berubah menjadi gambaran nyata di akhirat untuk dinikmati oleh nenek moyang mereka.
Kami sekumpulan pembangun permainan Malaysia yang akan melancarkan permainan kami ‘7PM’ berharap dapat mengekalkan pengetahuan mengenai tradisi Tao ini melalui permainan seram naratif pendek yang kami hasilkan.
-Facebook Cellar Vault Games
Jangan lupa sokong studio permainan indie dari Malaysia ini okay! 7PM akan datang di Steam September ini! Anda boleh Wishlist dulu mulai sekarang ok! Tahniah Cellar Vault Games!

@gamersantaimy
Discussion about this post