Malaysia memang ramai bakat-bakat hebat terutamanya dalam bidang animasi dan game. Nampaknya baru-baru ini dilaporkan bahawa salah satu studio yang bertapak di Cyberjaya, Malaysia, OLM Asia telah terlibat dalam penghasilan video promosi (PV) animasi untuk Hololive Alternative! Studio itu juga telah dikreditkan dalam video tersebut.

Apabila dilihat semula, studio itu terlibat dalam menghasilkan in-between dan coloring untuk PV tersebut, yang memaparkan watak-watak Hololive. Watak yang muncul juga bukan hanya terdiri daripada Hololive Jepun tetapi Hololive English dan Hololive Indonesia juga muncul dalam video tersebut.
Melalui Twitter, ramai artis OLM Asia yang terlibat dalam penghasilan PV itu menunjukkan hasil masing-masing yang ditunjukkan dalam PV Hololive Alternative.
“Saya telah hasilkan animasi in-between dan warna dalam teaser kedua Hololive Alternative yang baru di bawah OLM Asia Studio. Terima kasih kerana memberikan peluang terlibat dalam projek ini!” tweet salah seorang juruanimasi bernama Zubair, yang menghasilkan scene Oozora Subaru yang berada di atas itik gergasi dan juga scene Ninomae Inanis.
Seorang lagi artis dibawah OLM Asia bernama Shino Kitsune turut tweet mengenai penglibatannya dengan PV Hololive Alternative. “Tahniah Hololive untuk trailer kedua HololiveALT. Saya gembira dapat terlinat dalam menghasilkan animasi dan warnakannya! OLM ASIA SAIKOU!!! OTSUKARE!!!” katanya.
Untuk pengetahuan anda, studio OLM Asia merupakan salah satu studio luar negara milik OLM Studio Jepun yang terkenal dengan penghasilan siri anime Pokemon dan juga Komi Can’t Communicate.
Hololive Alternative pula merupakan projek terbaru oleh Cover yang mengembangkan lagi dunia untuk Hololive. Terdapat media lain seperti manga dan game bertajuk HoloEarth yang sedang dihasilkan. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Hololive daripada kami, sila klik pautan ini.
Sumber: Gamerbraves
@gamersantaimy
Discussion about this post