Pelancaran Diablo IV sangat meriah dalam kalangan gamer sehingga server game juga penuh untuk menampung pemain. Melihat kejayaan pelancaran game tersebut, sudah tentu ramai yang mengagumi studio-studio yang turut mengerjakan game itu. Kalau anda ingin tahu, studio game tempatan, Passion Republic juga mengesahkan bahawa mereka juga terlibat dalam pembangunan Diablo IV.

Melalui siaran pada halaman Facebook mereka, Passion Republic mendedahkan bahawa mereka telah menghasilkan seni watak, persekitaran dan animasi Diablo IV. Mereka juga mengongsikan gambar yang mempunyai nama staf yang telah dikreditkan dalam game. Berikut adalah kapsyen yang hadir bersama gambar tersebut:
“Pintu neraka akhirnya terbuka! Kami berbesar hati untuk mengumumkan sumbangan kami kepada Diablo IV! Sertai pertempuran tanpa henti antara High Heavens dan Burning Hells semasa kami mengembara di dunia Sanctuary. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Blizzard kerana membawa kami bersama!”

Kalau anda ingin tahu, Passion Republic telah terlibat dengan pelbagai projek game AAA seperti Elden Ring, Sekiro: Shadows Die Twice, Death Stranding, Ghost of Tsushima, The Last of Us II dan juga salah satu game tempatan, No Straight Roads.
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda. Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan liputan menarik mengenai game, anime, filem dan lain-lain.
@gamersantaimy
Discussion about this post