Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Studio China memplagiat God of War, Horizon Zero Dawn & Far Cry demi mempromosikan game

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 2, 2021
in Artikel, Berita, Genre, Mobile, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Studio China memplagiat God of War, Horizon Zero Dawn & Far Cry demi mempromosikan game
Share on FacebookShare on Twitter

Anda pasti pernah melihat game mobile yang nampak seakan-akan sama dengan sebuah game popular lain, tidak kira sama ada dari gameplay, watak atau melalui poster promosi. Nampaknya kes ini berlaku sekali lagi di mana sebuah studio dari China tidak teragak-agak untuk memplagiat God of War, Horizon Zero Dawn dan Far Cry demi mempromosikan game mobile mereka, Chief Almighty.

Saya harap korang masih ingat iklan lagi “Lvl 1 Crook, Lvl 35 Boss” kerana game itu dibuat oleh studio sama yang saya sebutkan tadi. Bernama Yotta Games, studio ini juga bertanggungjawab untuk game Mafia City dan buat sesiapa yang pernah melihat iklannya, korang pasti tahu kehebatan “marketing skill” mereka. Cuma kali ini, kempen iklan Yotta tidak lagi tertumpu kepada video dan sebaliknya, telah memparodikan pelbagai game yang diiktiraf dari seluruh dunia.

Image

Kisahnya bermula begini. Seorang gamer bertanya kepada Pengarah kreatif Sony Santa Monica iaitu Cory Barlog jika God of War berbaloi untuk dimainkan alang-alang ia sedang dipromosikan. Barlog nampak tweet itu dan balas “Takdelah. Ini lebih baik,” sambil memuat naik poster Chief Almighty yang terang menyala tiru visual God of War (2018).

Ketua komuniti Guerilla Games, Bo Marit muncul dan membalas tweet itu, sambil berkata, “Oh tidak, Cory, mereka dapat awak juga,” di mana Marit berkongsi satu lagi poster Chief Almighty yang kali ini meniru visual Horizon Zero Dawn.

Image

Iklan parodi God of War dan Horizon Zero Dawn ini kemudian dikesan oleh penganalisis industri Daniel Ahmad yang mendedahkan bahawa studio China tersebut sebenarnya telah memplagiat lebih banyak game termasuk Far Cry 3 dan Far Cry Primal. Dia juga mendedahkan identiti developer iaitu Yotta Games yang “pernah mengeluarkan beberapa iklan viral untuk Mafia City pada suatu ketika dahulu.” Beberapa minit selepas itu, Ahmad memuat naik senarai gambar yang membandingkan poster Chief Almighty dan sumber asal.

Image

Walaupun Yotta Games bukanlah satu-satunya syarikat yang memplagiat game popular, kita tidak boleh menafikan mereka memang berani untuk buat promosi sebegitu.

Apa pendapat korang? Teringin tak nak main Chief Almighty? Pengarah God of War pun recommend kaw-kaw. Jom kongsikan pendapat di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang industri gaming, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Chief Almightychinafar cryGod Of Warhorizon zero dawnplagiat
Previous Post

ASUS memperkenalkan barisan lengkap laptop OLED!

Next Post

Postknight 2 secara rasmi dilancarkan hari ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Postknight 2 secara rasmi dilancarkan hari ini!

Postknight 2 secara rasmi dilancarkan hari ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd