Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Streamer ‘xQc’ rugi $500,000 gara-gara judi dalam FIFA World Cup 22 Final

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 22, 2022
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Streamer/influencer
0 0
0
Streamer ‘xQc’ rugi $500,000 gara-gara judi dalam FIFA World Cup 22 Final
Share on FacebookShare on Twitter

Streamer popular xQc baru-baru ini bertaruh besar di FIFA World Cup 22 Final, dan meletakkan wang sejumlah $500,000 (anggaran RM2.2 juta) untuk pasukan Perancis kerana yakin prestasi mereka cukup cemerlang. Malangnya, nasib tidak menyebelahi xQc di mana dia hilang hampir 99% daripada duit yang dipertaruhkan.

Untuk membuktikan xQc membuat pertaruhan tersebut, dia memuat naik imej di Twitter untuk menunjukkan transaksinya sambil berkata:

“Saya sudah kata Perancis akan memenangi semuanya sejak perlawanan pertama.”

I'VE BEEN SAYING FRANCE IS GONNA WIN IT ALL SINCE THE FIRST GAME. PUTTING MONEY WHERE MY MOUTH IS. EASIEST WIN OF MY LIFE. MY MANS MPAYPAL IS ABOUT TO SNAP ON THESE NOOBS. EZ. EZ. EZ. EZ. EZ. pic.twitter.com/Q021qEBThZ

— xQc (@xQc) December 18, 2022

Tibanya hari perlawanan, Perancis mempunyai permulaan yang agak buruk di mana Argentina mendahului dengan dua gol pada separuh masa pertama oleh Lionel Messi dan Ángel Di María. Pada ketika ini, xQc membuat keputusan untuk “cash-out” awal (mengeluarkan wang), tetapi ini ternyata satu kesilapan besar kerana Kylian Mbappe berjaya menjaringkan dua gol untuk menyamakan kedudukan Perancis.

Kemudian, kedua-dua Perancis dan Argentina mendapatkan gol ketiga di masa tambahan, lantas menamatkan perlawanan akhir dengan seri sebelum Argentina memenangi keseluruhan kejohanan melalui sepakan penalti. Jika xQc menunggu lebih lama, sekurang-kurangnya dia tidak perlu rugi besar tetapi memandangkan streamer itu “cash-out” pada separuh masa pertama World Cup Final, dia telah kehilangan duit sebanyak $495,000.

Namun itu bukan data yang tepat! Rupanya xQc telah rugi hampir $650,000 secara keseluruhan kerana sanggup membuat beberapa pertaruhan tambahan selepas melihat Perancis bangkit semula di dalam perlawanan. Seperti yang korang semua tahu, itu pun hanya sia-sia.

GOOD GAME ALL AROUND. FUN WATCH. -$650K I GUESS… pic.twitter.com/lyMlfdD9ob

— xQc (@xQc) December 18, 2022

Bagi mereka yang tidak tahu, ini bukan kali pertama xQc telah hilang sejumlah wang yang besar. Pada beberapa bulan lalu, kita dapat tahu bahawa dia rugi hampir USD 1 juta kerana ralat di laman web perjudian. Walaupun xQc sedar bahawa perjudian adalah aktiviti yang berbahaya, nampaknya dia tidak mempunyai niat untuk mengubah tabiatnya buat masa ini.

Jadi ingat wahai kawan-kawan, janganlah berjudi! Untuk membaca segala liputan kami tentang hal-hal streamer dan influencer, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: FIFA World Cup 2022StreamerxQc
Previous Post

Stranger of Paradise: FF Membawa DLC Baharu “Different Future”! Akan Hadir Januari 2023

Next Post

Sony Centre Mid Valley membuka pre-order PS5 bagi Disember 2022!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Sony Centre Mid Valley membuka pre-order PS5 bagi Disember 2022!

Sony Centre Mid Valley membuka pre-order PS5 bagi Disember 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd