Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Stray Souls — Game Seram Psikologi Terbaru Ala-ala Silent Hill!

Maira by Maira
March 16, 2023
in Artikel, Berita, Game, Seram
0 0
0
Stray Souls — Game Seram Psikologi Terbaru Ala-ala Silent Hill!
Share on FacebookShare on Twitter

Kami ternampak satu game seram menarik baharu ala-ala Silent Hill. Game tersebut ialah Stray Souls yang dibangunkan oleh Jukai Studio. Jom kami ceritakan lebih lanjut mengenainya.

Stray Souls membawa anda ke sebuah bandar bernama, Aspen Falls yang dilanda sumpahan jahat. Selepas mewarisi rumah neneknya yang terasing pada hari lahirnya yang ke-18, Daniel berpendapat dia telah memenangi loteri, tetapi tidak lama kemudian dia mendapati itu semua bukanlah tuahnya. Dia kini terlibat dengan ritual gelap yang mengancam kewujudannya dan dia mesti memulakan perjalanan yang menakutkan untuk membongkar rahsia masa lalunya.

Mengenai gameplay Stray Souls, ia akan menggabungkan combat daripada game seram klasik dan soulslike, memberikan pengalaman baru untuk game action-horror. Dengan teknologi Unreal Engine 5, segala perincian di Aspen Falls akan nampak lebih mengerikan.

Ciri-ciri penting dalam game

  • Meneroka bandar Aspen Falls dan kawasan sekeliling untuk merungkai misteri di sebalik kelahiran Daniel.
  • Mendalami kisah Daniel dengan pilihan dialog serta membentuk personalitinya.
  • Lawan pelbagai raksasa ngeri yang menghampiri atau lari daripadanya. Pertempuran yang mudah meletakkan fokus kepada menyusun strategi taktik pertempuran dan pengurusan sumber.
  • Selesaikan puzzle yang mencabar minda
  • Sistem rawak tersedia untuk memastikan musuh, lokasi item, cuaca dan fenomena aneh berlaku di pelbagai tempat, menjadikan setiap playthrough unik.

Buat masa ini, masih tiada tarikh tetap untuk pelancaran game ini, tetapi anda bolehlah wishlist dahulu. Stray Souls akan tersedia di PS5, PS4, Xbox Series, Xbox One dan PC melalui Steam.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: game seramJukai GamesStray souls
Previous Post

Fakta & data menarik tentang PUBG MOBILE – rekod 2018 hingga 2022!

Next Post

Pre-Order Atlas Fallen kini dibuka, bakal dilancarkan pada 16 Mei 2023!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Pre-Order Atlas Fallen kini dibuka, bakal dilancarkan pada 16 Mei 2023!

Pre-Order Atlas Fallen kini dibuka, bakal dilancarkan pada 16 Mei 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd