Stray Blade, game action-adventure fantasi yang dibangunkan oleh Point Black Games dan diterbitkan oleh 505 Games akan dilepaskan secara rasmi pada 20 April 2023 untuk PS5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam dan Epic Games Store. Bukan setakat itu sahaja, ujian beta tertutup masih lagi terbuka untuk pemain yang ingin merasai pengalaman game ini.

Ditemani oleh serigala Xhinnon Boji, merentasi tanah purba Acrea dan temui punca kematiannya berabad-abad yang lalu. Bina persahabatan dan bergantung pada bakat dan kemahiran masing-masing untuk terus hidup. Guna senjata atau hasilkannya daripada sumber sekeliling untuk memastikan pertempuran seterusnya berakhir dengan kemenangan. Luangkan sedikit masa untuk meneroka dunia fantasi tenang dalam pengembaraan misteri penuh adrenalin ini.

Gabungan naratif Stray Blade yang seimbang antara penceritaan memikat dan ganjaran pertempuran yang mencabar untuk pengembara. Point Blank Games juga fokus kepada aksi berkat kepada sistem hyper-responsive combat yang membolehkan reaksi pantas serta serangan tepat untuk mengawal penuh aliran game. Kematian tidak dapat dielakkan tetapi ia bukanlah penghalang. Dengan pendekatan mudah diakses yang menyediakan penunjuk dalam game yang jelas untuk elemen pertempuran penting, dan struktur keseluruhan yang meminimumkan kekecewaan.

Kepada anda yang ingin menjadi orang pertama untuk meneroka Acrea, bolehlah daftarkan diri anda untuk beta tertutup melalui pautan ini. Sebagai peringatan, beta tersebut hanya untuk versi PC sahaja.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post