Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

STRAY Akan Datang Ke Nintendo Switch Pada Hujung 2024

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 20, 2024
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, Platformer
0 0
0
STRAY Akan Datang Ke Nintendo Switch Pada Hujung 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Annapurna Interactive mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan game STRAY untuk platform Nintendo Switch pada hujung tahun 2024.

STRAY asalnya dilancarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4 dan PC melalui Steam pada 19 Julai 2022, diikuti oleh Xbox Series dan Xbox One pada 10 Ogos 2023. Kini, lebih ramai pemain dapat bermain game ini apabila ia datang ke platform baharu. Sebuah video baharu turut dikeluarkan untuk meraikan pengumuman ini:

“Hilang, keseorangan dan terpisah daripada keluarga, seekor kucing liar mesti menguraikan misteri purba untuk melarikan diri dari bandar yang telah lama dilupakan.”

“Stray ialah game pengembaraan kucing third-person yang terletak di tengah-tengah lorong-lorong bercahaya neon di bandar siber yang mereput. Sepanjang perjalanan, kucing itu berkawan dengan dron terbang kecil, yang dikenali sebagai B12. Dengan bantuan rakan baru ini, mereka berdua cuba mencari jalan keluar.”

Kredit: Annapurna Interactive

Seperti yang dijelaskan dalam sinopsis tadi, pemain akan mengawal seekor kucing liar, yang boleh melompat merentasi pelbagai platform dan halangan, serta membuka laluan baharu dengan berinteraksi dengan persekitaran.Sesetengah peringkat mempunyai elemen open-world, jadi pemain bebas merayau ke mana sahaja mereka suka dan bersikap seperti kucing sebenar.

Pemain akan ditemani oleh rakan dron, B-12, yang membantu dengan menterjemah bahasa, menyimpan item yang ditemui di seluruh dunia, memberikan cahaya dan menggodam pelbagai teknologi untuk membuka laluan dan menyelesaikan teka-teki.

Kredit: Annapurna Interactive

Sepanjang permainan, pemain mesti mengelak daripada beberapa antagonis seperti Zurk, bakteria mutasi besar yang boleh mengerumuni kucing; dan Sentinel, dron sekuriti yang akan cuba menembak pemain apabila dikesan.

Selain daripada membawa STRAY ke platform Nintendo Switch, Annapurna Interactive sebelum ini juga mengumumkan bahawa game ini akan menerima adaptasi filem animasi. Filem animasi ini akan dihasilkan oleh Annapurna Animation, yang merupakan salah satu cawangan daripada oleh penerbit game.

Kredit: Annapurna Interactive

Untuk maklumat lanjut tentang game ini, anda boleh membaca reviu penuh kami di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: nintendo switchStray
ShareTweetSend
Previous Post

‘Apple The Exchange TRX’ Akan Dibuka Pada 22 Jun Di Kuala Lumpur

Next Post

Siri Live-Action ‘Oshi no Ko’ Akan Tayang Pada November 2024, Hanya Di Amazon Prime Video

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Siri Live-Action ‘Oshi no Ko’ Akan Tayang Pada November 2024, Hanya Di Amazon Prime Video

Siri Live-Action 'Oshi no Ko' Akan Tayang Pada November 2024, Hanya Di Amazon Prime Video

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd