Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Strategi perang Total War: PHARAOH akan tiba di PC pada Oktober 2023!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 24, 2023
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, Real time strategy, Steam
0 0
0
Strategi perang Total War: PHARAOH akan tiba di PC pada Oktober 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, SEGA dan Creative Assembly telah mengumumkan Total War: PHARAOH, entri terbaharu dalam siri “turn-based civilisation management” dan “real-time strategy” paling popular di dunia. Game ini akan dilancarkan di PC melalui Steam dan Epic Games Store pada bulan Oktober tahun ini. Malangnya, tarikh tepat tidak diberi.

Sinopsis

Dalam Total War: PHARAOH, letakkan diri anda di Mesir purba semasa kemuncak kuasanya dan alami peristiwa dramatik yang mengancam kemusnahan tamadun ini. Dengan pertempuran real-time yang dinamik dan pengurusan empayar secara turn-based, bolehkah anda mengatasi musuh untuk menjadi Firaun agung terakhir di Mesir dan menghalang keruntuhan tamadun?

Dengan berakhirnya empayar Firaun Merneptah yang hebat, rakyat Mesir meminta pemimpin baru. Ramai yang menginginkan takhta, tetapi jalan untuk menjadi Firaun adalah jalan yang berbahaya. Memerangi kekacauan masyarakat, hadapi bencana alam dan berjuang untuk melindungi rakyat anda daripada penceroboh.

Kredit: SEGA

Ciri-ciri menarik

Alami Pertempuran Dinamik – Tentera musuh bukanlah satu-satunya cabaran yang perlu diatasi di medan perang. Pimpin askar anda melalui perubahan cuaca mendadak, seperti hujan lebat dan ribut pasir, dan saksikan pasang surut pertempuran kerana ia memberi kesan secara langsung kepada rupa bumi sekeliling. Berhati-hati dengan ancaman kebakaran juga, kerana pertempuran boleh diselubungi api, dan merebak ke seluruh medan perang sehingga membakar hutan dan merosakkan penempatan musuh.

Kredit: SEGA

Pilih Pemimpin Anda – Buktikan diri anda untuk menjadi Firaun, atau Raja Besar Hit, dan luaskan empayar yang semakin berkembang pada peta yang merangkumi tamadun Mesir, Kanaan dan Anatolia. Dengan pilihan lapan Faction Leader (Ketua Puak), cuba setiap gaya permainan unik mereka dan mengarahkan unit askar mereka yang pelbagai. Sama ada anda mendapatkan kelebihan sebagai seorang diplomat, menyertai pertempuran sebagai komander atau menyebabkan huru-hara sebagai panglima perang, jadilah pemimpin yang akan diingat oleh sejarah.

Kredit: SEGA

Customize Campaign Anda – Dengan ciri Campaign Customization serba baharu, tiada kempen akan merasa sama. Tentukan cara anda bermain dengan pelbagai pilihan customization di kempen, seperti kedudukan rawak untuk semua puak semasa permulaan, tetapan terperinci untuk sumber, bermain-main dengan bencana alam dan banyak lagi.


Kredit: SEGA

Berita baik! Anda boleh prapesan Total War: PHARAOH sekarang. Sesiapa yang membuat prapesan akan menerima akses kepada bonus awal termasuk Early-Access Weekend, Avatar of the Gods Cosmetic Pack, dan Heart of the Shardana Cosmetic pack. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi di SINI.

Total War: PHARAOH akan dilancarkan di PC melalui Steam dan Epic Games Store pada bulan Oktober 2023.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PCstrategiTotal War: PHARAOH
ShareTweetSend
Previous Post

F1 Manager 2023 akhirnya diumumkan, Bakal tersedia di PlayStation, Xbox & PC!

Next Post

Info baru “Alone in the Dark Remake” akan didedahkan pada 26 Mei menerusi siaran khas!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Info baru “Alone in the Dark Remake” akan didedahkan pada 26 Mei menerusi siaran khas!

Info baru "Alone in the Dark Remake" akan didedahkan pada 26 Mei menerusi siaran khas!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd