Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Stranger of Paradise: FF Origin DLC ‘Wanderer of the Rift’ akan lancar 26 Oktober

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 9, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, DLC, Epic Store, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Stranger of Paradise: FF Origin DLC ‘Wanderer of the Rift’ akan lancar 26 Oktober
Share on FacebookShare on Twitter

Penerbit Square Enix dan pembangun Team NINJA telah mengumumkan bahawa expansion DLC terbaru Stranger of Paradise: Final Fantasy (FF) Origin “Wanderer of the Rift” akan dilancarkan pada 26 Oktober. Sempena itu, mereka juga mengeluarkan trailer istimewa yang anda boleh tonton di bawah.

Sesiapa yang membeli Stranger of Paradise: Final Fantasy Origin Season Pass akan menerima “Wanderer of the Rift” tanpa perlu membuat apa-apa bayaran tambahan, serta misi “Trials of the Dragon King” yang dikeluarkan sebelum ini dan misi “Different Future” yang bakal dikeluarkan.

Berikut adalah gambaran keseluruhan DLC Stranger of Paradise: FF Origin “Wanderer of the Rift”, menurut Square Enix:

Berlawan melalui Labyrinth of Dimensions, dungeon yang mengubah laluan anda secara rawak untuk membuka cebisan cerita. “Wanderer of the Rift” akan memperkenalkan job baharu, Blue Mage, dan raksasa istimewa yang boleh anda lawan dan seru ke dalam pertempuran dengan menggunakan Summoning Stone.

Selain peralatan baharu yang membuka abiliti baharu, jenis musuh baru bernama “Chaotic Monsters” akan ditambah untuk memberikan pengalaman yang lebih pelbagai dan mencabar.

Bagi korang yang tidak tahu tentang Stranger of Paradise: Final Fantasy Origin, pemain harus mengawal protagonis Jack Garland ketika dia dan rakan sekutu, Jed, Ash, Sophia dan Neon, memulakan perjalanan untuk menghapuskan Chaos dan membawa keamanan ke alam Cornelia.

Gameplay Stranger of Paradise memang iras-iras genre soulslike, di mana kita boleh mengumpul pelbagai jenis loot dan gear serta beberapa elemen Job System ikonik milik francais Final Fantasy. Bukan itu sahaja, game ini boleh dimainkan secara multiplayer yang merupakan tambahan bagus.

Buat sesiapa yang menarik, Stranger of Paradise: Final Fantasy Origin kini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Epic Games Store. Untuk membaca segala liputan kami tentang game ini, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DLCfinal fantasyStranger of Paradise: FF Origin
Previous Post

Trailer baru Black Adam dikeluarkan, bakal tiba pada 20 Oktober 2022 di Malaysia

Next Post

Thor: Love and Thunder Kini Tersedia di Disney+ Hotstar Malaysia! Tonton Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Thor: Love and Thunder Kini Tersedia di Disney+ Hotstar Malaysia! Tonton Sekarang!

Thor: Love and Thunder Kini Tersedia di Disney+ Hotstar Malaysia! Tonton Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd