Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Story of Seasons: Grand Bazaar Terima Remake, Akan Keluar pada 2025!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 28, 2025
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, Simulator, Steam
0 0
0
Story of Seasons: Grand Bazaar Terima Remake, Akan Keluar pada 2025!
Share on FacebookShare on Twitter

Mungkin ramai penggemar Harverst Moon akan bergembira kerana malam tadi Marvelous Inc. telah mengumumkan Story of Seasons: Grand Bazaar, sebuah reinterpretasi ataupun remake moden bagi klasik Nintendo DS yang disukai, Harvest Moon DS: Grand Bazaar.

Bakal dilancarkan pada 27 Ogos 2025 untuk Nintendo Switch dan PC melalui Steam, game farming/life simulation ini menjanjikan campuran nostalgia dengan sentuhan kontemporari, menghidupkan semula Zephyr Town yang sederhana untuk generasi pemain baharu.

Story of Seasons: Grand Bazaar membawa pemain ke Zephyr Town, sebuah pusat yang pernah berkembang maju, terkenal dengan bazar besarnya yang menarik pedagang dan pelawat dari seluruh dunia. Kini, rumput kering melebihi pelanggan, dan terpulang kepada anda, penduduk terbaru bandar ini, untuk menyemarakkan semula pasar yang pudar itu.

Game ini mengekalkan premis utama pendahulunya pada 2008 di DS—menghidupkan semula bazar melalui pertanian, kraftangan, dan perdagangan—tetapi diluaskan dengan dunia yang lebih kaya dan mekanik terkini.

Kredit: Marvelous Inc

Anda akan menternak haiwan, menjaga tanaman, dan menghasilkan hidangan rare, kemudian menjual hasil kerja anda di gerai yang boleh diubah suai semasa bazar mingguan.

Seiring pertumbuhan perniagaan anda, barangan dan perkhidmatan baharu akan terbuka, membolehkan anda menaik taraf ladang dan menyokong kebangkitan semula bandar.

Kredit: Marvelous Inc

Berlandaskan versi original, remake ini memperkenalkan pelbagai penambahbaikan. Dunia terasa “lebih besar dan hidup” berkat visual baharu, pertama kali dalam siri ini dengan lakonan suara penuh semasa story events, serta naratif dengan watak-watak baharu.

Cuaca berangin juga memainkan peranan utama—gunakan kincir angin untuk mencipta barangan baharu dan melayang di atas bandar dengan glider, yang menambah kelainan pada perjalanan dan penerokaan.

Skil melompat baharu juga membolehkan anda mencapai tempat tersembunyi di ladang dan lain-lain, bagi mencari rahsia yang menanti untuk ditemui.

Kredit: Marvelous Inc

Selain pertanian, Story of Seasons: Grand Bazaar menawarkan gameplay sosial yang solid. Berkenalan dengan penduduk bandar yang berwarna-warni dan Nature Sprites ajaib, eratkan hubungan, malah temui cinta di kalangan 12 watak terpilih untuk membina keluarga.

Dapatkan maklumat lanjut di laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Story of Seasons: Grand Bazaar
ShareTweetSend
Previous Post

Dragon Quest I & II HD-2D Remake Dedah Gameplay melalui Teaser Pertama!

Next Post

Previu DOOM: The Dark Ages – Keganasan dari Zaman Lampau!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Previu DOOM: The Dark Ages – Keganasan dari Zaman Lampau!

Previu DOOM: The Dark Ages – Keganasan dari Zaman Lampau!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd