Sony Interactive Entertainment bersama pembangun SHIFT UP telah mengeluarkan trailer rasmi untuk DLC kolaborasi yang dinanti-nantikan antara Stellar Blade dan Goddess of Victory: NIKKE. DLC ini akan dilancarkan pada 11 Jun 2025, serentak dengan pelancaran versi PC bagi Stellar Blade.
Dalam DLC khas ini, pelbagai elemen gameplay baharu diperkenalkan, termasuk barangan kosmetik dan koleksi bertemakan NIKKE. Antara tarikan utama ialah enam kostum Nanosuit baharu untuk watak utama Stellar Blade, Eve – semuanya diinspirasikan daripada watak-watak popular dalam NIKKE:
- Rapi
- Anis
- Modernia
- Alice
- Scarlet
- Dorothy

Pemain turut berpeluang bertarung dengan Scarlet dari NIKKE dalam Boss Fight 1v1 di sebuah kawasan baharu yang bersuasana Jepun. Menewaskan Scarlet akan membuka kostum istimewa berinspirasikan dirinya, gaya rambut khas, serta lagu tema eksklusif untuk Eve.

DLC ini juga memperkenalkan mini-game tembak-menembak bergaya NIKKE (sama seperti game mobile tersebut, cuma dengan penghasilan bajet tinggi) mencabar pemain untuk menguji kemahiran mereka dalam pertempuran jarak jauh.
Sebuah kedai dalam game yang baharu juga akan dibuka, dikendalikan oleh watak meme kegemaran ramai, Doro, yang menjual pelbagai pakaian, kosmetik dan barangan khas bertema NIKKE.

DLC ini turut dimuatkan dalam Stellar Blade Complete Edition untuk kedua-dua platform PS5 dan PC, yang juga menyertakan kandungan kolaborasi bersama NieR: Automata.
Serentak dengan pelancaran ini, Goddess of Victory: NIKKE juga akan menganjurkan acara khas yang menampilkan Eve sebagai watak yang boleh dimainkan: menandakan kolaborasi dua hala antara komuniti konsol dan mobile.

Stellar Blade kini boleh dimainkan di PlayStation 5 dan akan hadir di PC melalui Steam dan Epic Games Store pada 11 Jun 2025, bersama pelancaran DLC ini. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post