Sony Interactive Entertainment dan SHIFT UP akan mengeluarkan update percuma untuk Stellar Blade pada 24 Mei yang menambah mode “Boss Challenge” baharu, Nano Suit baharu dan beberapa kemas kini quality-of-life. Berikut adalah info penuh:
Boss Challenge

Boss Challenge mengharuskan pemain berlawan dengan 19 bose dari base game. Kemajuan dalam Boss Challenge memerlukan data pertempuran daripada bos yang anda telah kalahkan sebelum ini. Anda juga boleh melawan bos pada tetapan Hard selepas menamatkan game.
Untuk memulakan cabaran, anda boleh, sama ada menggunakan peralatan sendiri atau memilih salah satu daripada beberapa preset. Pilih preset paling minimum untuk cabaran sebenar, atau preset maksimum, di mana semua skill dan stats anda dipertingkatkan.

Selepas cabaran tamat, data pertempuran akan dianalisis secara automatik. Anda akan melihat metrik seperti masa, bilangan perfect parry dan perfect dodge, penggunaan consumable dan banyak lagi. Jika anda mengalahkan semua bos dalam Boss Challenge pada tetapan Normal atau lebih tinggi, anda akan mendapat Neurolink Suit untuk Eve.
Nano Suit Baharu
Nano Suit baharu telah ditambahkan pada Eve.
White Kunoichi dan Black Kunoichi, akan tersedia dalam update Stellar Blade ini, termasuk Neurolink Suit yang saya sebutkan di atas.
Tambahan Quality-of-Life

Jika anda bertukar kepada ranged attack mode dan beralih semula semasa “locked on” kepada musuh, anda akan secara automatik mengunci musuh sekali lagi.
Selain itu, studio menambah pilihan untuk sentiasa menunjukkan kompas dalam HUD.
Bagi mereka yang berminat, Stellar Blade kini tersedia di PlayStation 5.
@gamersantaimy
Discussion about this post