Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Steam Summer Sale 2019 Dah Datang dengan Beribu Permainan PC Dalam Tawaran Diskaun yang Hebat!!!

Banyak permainan best wehhhh!!!!

Nyny.A by Nyny.A
June 26, 2019
in Artikel, Berita, PC, Promosi, Steam
0 0
0
Steam Summer Sale 2019 Dah Datang dengan Beribu Permainan PC Dalam Tawaran Diskaun yang Hebat!!!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru semalam kami kemaskini pelbagai tawaran diskaun hadir di Steam, hari ini Steam melancarkan Steam Summer Sale 2019!! Berikutan mengenai kebocoran tarikhnya menerusi akaun Twitter Database Steam awal musim bulan lalu , Steam Summer Sale 2019 akhirnya bermula 25 Jun ini dan berakhir pada 9 Julai 2019 seperti yang diramalkan. Beribu-ribu permainan PC mempunyai tawaran diskaun sehingga 80% yang merentasi pelbagai genre, jadi ni lah peluang korang untuk menambah koleksi permainan korang!

Mini-game Steam Summer Sale 2019!

Harap korang suka perlumbaan! Sebab tema mini-game untuk Steam tahun ini adalah Grand Prix!

Seperti permainan tahun-tahun sebelumnya, permainan Grand Prix membolehkan korang memperoleh mata yang boleh ditebus untuk pelbagai hadiah di Pit Stop, seperti emotikon sembang dan latar belakang profil. Untuk mengambil bahagian, korang perlu memilih antara lima pasukan yang berlainan dan melengkapkan pelbagai pencarian Grand Prix untuk mendapatkan mata, yang membawa korang lebih dekat untuk mendapatkan Boost untuk pasukan korang.

Boost akan meletakkan pasukan korang lebih awal dalam perlumbaan, dan ahli rawak pasukan yang datang di tempat pertama, kedua dan ketiga akan mendapat permainan teratas pada senarai stik Steam mereka secara percuma. Jadi sekarang adalah masa untuk mengemas kini senarai ‘wishlist’ korang tu!

Tawaran permainan PC terbaik

Pelbagai tawaran permainan terbaik untuk dimiliki dan antara yang menjadi featured untuk Steam hari ini adalah Devil May Cry 5 dari harga RM139.00 (-30%) kini RM91.74 sahaja, Astroneer RM50.00 (-25%) RM37.50 dan Assassin’s Creed Odyssey RM209.00 (-50%) RM104.50 sahaja!!!

Antara pilihan yang menarik untuk korang di bawah:

Bawah RM30~

  • Human Fall Flat RM15.50
  • Borderlands 2 RM9.50
  • Rocketleague RM19.00
  • Rise of the Tomb Rider RM28.50

Bawah RM70~

  • PlayerUnknown’sBattlegrounds (PUBG) RM37.49
  • Monster Hunter World RM69.50
  • Grand Theft Auto V RM59.50
  • Rainbow Six Seige RM35.00
  • Two Point Hospital RM50.00
  • Dying Light RM35.00
  • Far Cry 5 RM68.97
  • Dan banyak lagi!!!

Bawah RM150~.

  • Resident Evil 2 RM91.74
  • A Plague Tale: Innocent RM81.75
  • Hitman 2 RM79.60
  • Final Fantasy XV RM109.50
  • Sniper Elite Complete Pack RM72.27
  • Just Cause 4 RM95.20
  • Call of Duty WWII RM133.00

Okay banyak lagi yang korang boleh tengok sendiri dalam laman web rasmi Steam, memang kami pun tak tahu nak pilih apa lagi untuk jadikan koleksi! Kemungkinan Steam melakukan hampir kesemua permainan mempunyai tawaran diskaun adalah kerana baru-baru ini Epic Games Store turut mengadakan jualan stor mega yang pertama digelar Epic Mega Sale. Jadi kali ini Steam menyerlahkan lagi tawaran hebat mereka!

Jadi apa lagi? Jom tambah koleksi Wishlist korang tu sebelum 9 Julai nanti!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: steamSteam Grand PrixSteam Summer Sale 2019
Previous Post

Review: Laptop Asus ROG Strix-G (G531GU) – Kecil-kecil Cili Padi!

Next Post

Acer Malaysia Memperkenalkan Pelbagai Peranti Permainan Predator yang Terkini!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Acer Malaysia Memperkenalkan Pelbagai Peranti Permainan Predator yang Terkini!

Acer Malaysia Memperkenalkan Pelbagai Peranti Permainan Predator yang Terkini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd