Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Steam Link akhirnya tiba di iOS, setahun selepas ditolak oleh Apple.

Stream tidak pernah semudah ini.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 16, 2019
in Artikel, Berita, iOS, Mobile, Steam
0 0
0
Steam Link akhirnya tiba di iOS, setahun selepas ditolak oleh Apple.
Share on FacebookShare on Twitter

Valve mengumumkan semalam bahawa app Steam Link, yang bantu streamkan game kepada peranti mobile anda, kini boleh dimuat turun dengan percuma di iOS dan Apple TV. Ini satu berita besar selepas Apple menolak app ini pada 11 bulan lepas kerana melanggar beberapa peraturan Apple.

Pada waktu itu, Apple merancang untuk berkomunikasi dan berbincang bersama Valve untuk membawa Steam Linke ke iOS dan Apple TV. Maka, ia pun terjadi! Tetapi tiada butiran lebih bagaimana kedua-dua pihak menandatangani perjanjian.

App Steam Link menjanjikan “desktop gaming to your iPhone or iPad.” Pengguna boleh menyambung Steam Controller atau apa saja MFi (Made-for-iPhone/iPad) controller untuk bermain game di satu local network yang sama.

Ini adalah syarat dan spesifikasi untuk prestasi tertinggi, menurut Valve:

Syarat:

  • iPhone atau iPad yang menggunakan iOS 10 atau lebih.
  • Komputer yang mempunyai Steam – Windows, Mac, atau Linux.
  • Peranti iOS harus menggunakan local network yang sama seperti komputer yang mempunyai Steam tersebut.

Prestasi tertinggi:

  • Sambung komputer anda menggunakan Ethernet ke 5Ghz WiFi router.
  • Sambung peranti iOS anda ke 5Ghz band WiFi network.
  • Memastikan peranti iOS dalam jarak yang dekat kepada router.

App Steam Link ialah pengganti yang efektif kepada peranti fizikal Steam Link yang Steam berhentikan pada tahun 2018. Steam Link juga sudah boleh didapati di Android.

Untuk maklumat lanjut tentang Steam Link, korang boleh check di official Steam Link page di laman rasmi Valve.

Sumber – GameSpot

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Apple TVgamesiPadiPhonesteam
Previous Post

Digimon ReArise – Versi Bahasa Inggeris kemungkinan besar akan hadir!

Next Post

Bapa Ketawa Selepas Akaun Mobile Legends Anak Lelakinya Kena Ban Selama 30 Tahun!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Bapa Ketawa Selepas Akaun Mobile Legends Anak Lelakinya Kena Ban Selama 30 Tahun!

Bapa Ketawa Selepas Akaun Mobile Legends Anak Lelakinya Kena Ban Selama 30 Tahun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd