Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Steam hadiahkan 3 game BARU secara percuma untuk waktu terhad! Tebus sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 15, 2020
in Artikel, Berita, Game Baru, PC, Steam
0 0
0
Steam hadiahkan 3 game BARU secara percuma untuk waktu terhad! Tebus sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Sega telah melancarkan tiga permainan video baru dan percuma di Steam minggu ini, tetapi ia hanya akan tersedia untuk waktu yang sangat terhad. Menurut Sega, permainan ini lebih bersifat mini-game daripada full-game, yang dilancarkan untuk meraikan ulang tahun ke-60 tahun syarikat. Walaupun ketiga-tiga game ini percuma 100%, ia hanya akan tersedia untuk masa yang terhad. Setelah tempoh terhad ini ditutup, game ini tidak lagi percuma, malah akan dibuang daripada Steam. Ini bermaksud ia tidak boleh dimuat turun lagi. Pada masa ini, Sega belum mendedahkan rancangan untuk mengembalikan permainan-permainan di masa depan.

Selain itu, Sega juga akan mendapat diskaun “gila”, giveaway istimewa, pelbagai pertandingan, temuramah eksklusif baru, dan banyak lagi. Di bawah, anda boleh melihat ketiga-tiga permainan:

Streets of Kamurocho

Untuk meraikan ulang tahun ke-60, Sega menggabungkan Streets of Rage 2 dengan siri Yakuza popular oleh Ryu Ga Gotoku Studio, lalu menghasilkan Streets of Kamurocho. Kematian Pengerusi ke-3 Klan Tojo telah menyebabkan organisasi menjadi huru-hara. Keganasan merebak ke bandar, dan hanya Kazuma Kiryu dan Goro Majima yang dapat menghentikan pertumpahan darah ini!

Percuma pada 17 Oktober hingga 19 Oktober.

Golden Axed: A Cancelled Prototype

Daripada arkib SEGA, ini adalah sekilas pandang untuk apa yang mungkin berlaku, hanya untuk peminat! Golden Axed mungkin berkotak-kotak, mungkin bermasalah, mungkin artifak pada masanya, tetapi ia memberikan gambaran unik untuk sebuah projek yang mungkin wujud, dan memberi pendedahan di sebalik dunia pembangunan permainan video yang kadang-kadang bergelora.

Percuma pada 18 Oktober hingga 19 Oktober.

Endless Zone

Permainan kecil dan pantas yang diilhamkan oleh siri SEGA Fantasy Zone. Maju melalui empat dunia dalam aksi arcade ketika anda membantu wira, Opbot, mengelakkan makhluk asing, musuh, dan makhluk-makhluk daripada dimensi lain untuk membebaskan diri!

Percuma pada 16 Oktober hingga 19 Oktober.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Endless ZoneGolden Axed: A Cancelled PrototypePCsegasteamStreets of Kamurocho
Previous Post

MALAYSIA, I Choose You! Razer | Pokémon, Edisi Terhad Pikachu Kini Tiba!!

Next Post

Sony Interactive Entertainment (SIE) Worldwide Studios kini membuka Kerjaya Seni Visual berpusat di Kuala Lumpur!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Sony Interactive Entertainment (SIE) Worldwide Studios kini membuka Kerjaya Seni Visual berpusat di Kuala Lumpur!

Sony Interactive Entertainment (SIE) Worldwide Studios kini membuka Kerjaya Seni Visual berpusat di Kuala Lumpur!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd