Pengumuman yang agak mengejutkan sekali tetapi hari ini, Valve telah mendedahkan Steam Deck OLED; versi terbaru kepada konsol Steam Deck, dengan paparan OLED.
Akan dilancarkan pada 16 November di negara spesifik (bukan di Malaysia) Steam Deck OLED boleh didapati dalam varian 512 GB dan 1 TB pada nilai $549.99 (sekitar RM2,596.78) dan $649.99 (sekitar 3,068.93) masing-masing. Steam Deck OLED juga akan tersedia dalam varian edisi terhad 1TB yang dijual pada harga $679.99 (sekitar RM3,210.57).

Berikut adalah senarai penambahbaikan Steam Deck OLED:
- Warna Paparan Cerah, Hitam Gelap – Paparan HDR OLED baru direka untuk gaming, dengan kontras, kejelasan dan gambar yang lebih besar. Refresh rate dikemas kini kepada 90Hz (daripada 60Hz). Kecerahan puncak ditingkatkan kepada 1000 nits. Touchscreen polling rate dikemas kini kepada 180Hz. Oleh itu, tahap responsif dan fideliti kepada skrin sentuh bertambah baik.
- Lebih Banyak Masa untuk Main – Steam Deck OLED mempunyai 30% – 50% lebih banyak jangka hayat bateri. Kapasiti bateri dipertingkatkan daripada 40Wj kepada 50Wj. Isi bateri yang dipertingkatkan membolehkan pengecasan lebih pantas, daripada 20% kepada 80% dalam masa 45 minit. Panjang kabel ditukar daripada 1.5m hingga 2.5m.
- Lebih Efisien – OLED menambahkan AMD APU (6 nm) baru yang lebih cekap. Memori dikemas kini kepada 6400 MT/s, untuk meningkatkan latency dan pengurusan kuasa.
- Muat Turun Pantas – Varian OLED disertakan dengan Wi-Fi 6E, untuk menawarkan jalur lebar yang lebih tinggi dan latency lebih rendah. Ini bermakna muat turun lebih pantas (sehingga tiga kali lebih pantas) dan online gaming yang stabil. Menambahkan sokongan untuk Bluetooth 5.3, menyokong codec baharu seperti aptX HD dan aptX low-latency. Valve juga menambah antena Bluetooth khusus, untuk meningkatkan sambungan bagi pelbagai controller.
- Ringan dan Sejuk – Berkat kipas lebih besar dan termal baru, varian OLED berjalan dengan lebih sejuk. Ia mempunyai berat 30g, atau kira-kira 5% lebih ringan daripada model LCD, disebabkan oleh skrin.

Berikut ialah spesifikasi bagi setiap varian:
512GB OLED
- 512GB NVMe SSD
- 1280 x 800 HDR OLED display
- 7.4″ Diagonal display size
- 6 nm APU
- Wi-Fi 6E
- 50Whr battery; 3-12 hours of gameplay (content-dependent)
- 45W Power supply with 2.5m cable
- Carrying case
- Steam profile bundle
1TB OLED
- 1TB NVMe SSD
- 1280 x 800 HDR OLED display with premium anti-glare etched glass
- 7.4″ Diagonal display size
- 6 nm APU
- Wi-Fi 6E
- 50Whr battery; 3-12 hours of gameplay (content-dependent)
- 45W Power supply with 2.5m cable
- Carrying case with removable liner
- Steam profile bundle
- Exclusive startup movie
- Exclusive virtual keyboard theme

Untuk maklumat lanjut, korang boleh melihat laman web rasmi Steam Deck OLED di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post