Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Steam Deck menjadi pilihan gamer? Ini respon dari komuniti gamer Malaysia

Amir Haziq by Amir Haziq
July 23, 2021 - Updated on July 26, 2021
in Artikel, Berita, Epic Store, Genre, PC, Pendapat, Platform, Steam, Tempatan, Tinjauan & analisis
0 0
0
Steam Deck menjadi pilihan gamer? Ini respon dari komuniti gamer Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Valve telah mengumumkan bahawa mereka bakal melancarkan sebuat handheld PC semua dalam satu yang digelar Steam Deck pada Disember tahun ini. Peranti mudah alih ini membolehkan anda untuk bermain game PC yang tersedia di Steam dan Epic Games Store serta game bertaraf AAA terkini dimana-mana sahaja! Peranti handheld ini turut memiliki spesifikasi yang lagi hebat dan boleh dikatakan menjadi saingan kuat untuk Nintendo Switch apabila dilancarkan tahun depan.

Jadi kami bersama GamerBraves, Wanuxi dan GamerWK telah mengeluarkan borang soal selidik sejak Khamis minggu lalu bagi mendapatkan respon dari komuniti gamer di Malaysia mengenai Steam Deck, serta pendapat mereka untuk membeli atau tidak peranti ini. Hasil dari soal selidik terkumpul, kami telah menerima beratus-ratus respon yang memberikan pendapat mereka tentang handheld Steam Deck.

Ramai pengguna PC ingin mendapatkan Steam Deck

Sebelum mengetahui pendapat mengenai Steam Deck, kami telah bertanya mengenai status para responden sama ada mereka memiliki sebarang konsol handheld. Hampir 55% responden telah menjawab mereka tidak memiliki konsol Switch mahupun NVIDIA Shield. Disebabkan itu, kami menyangka bahawa majoriti responden menggambarkan diri mereka ingin memiliki PC gaming.

Jadi apabila ditanya sama ada ingin mendapatkan Steam Deck, majoriti responden telah menjawab mereka yang sudah memiliki PC dan ingin mendapatkan handheld tersebut. Kami juga mendapati terdapat kurang dari 20% responden telah memiliki PC gaming tetapi tidak berminat untuk mendapatkan Steam Deck. Manakala seramai 19.4% responden yang tidak memiliki PC gaming telah menjawab mereka ingin mendapatkan handheld itu.

Selain itu, kami menjangkakan mereka yang menjawab sudah memiliki PC gaming dan tidak mahu mendapatkan Steam Deck menganggap mengapa perlu membeli sesuatu yang sudah sedia ada. Mungkin mereka memilih jawapan ini kerana peranti tersebut menyediakan game yang sama, cuma bezanya ia boleh dimainkan dimana-mana sahaja.

Pelbagai pendapat dari responden

Kami memberikan para responden untuk menyatakan pendapat mereka mengenai Steam Deck, dan kebanyakkan mereka telah meninggalkan jawapan yang berbeza dalam bentuk positif serta negatif. Antara yang pendapat yang mencuri perhatian kami adalah mereka menyatakan peranti ini bakal mengalahkan reputasi Switch apabila dilancarkan nanti, dan kebanyakan pemain DOTA 2 ingin mengetahui sama ada mereka boleh memainkan game tersebut di Steam Deck.

Walau bagaimanapun, ada juga pendapat negatif yang dikeluarkan oleh responden seperti mereka lebih gemar bermain game di PC berbanding handheld, Steam Deck tidak sehebat PC dan rekaan peranti ini sangat tidak menarik. Malah, ada juga yang menyatakan harga Steam Deck agak mahal dan tidak berbaloi untuk memainkan game PC di skrin kecil.

Ramai yang ingin bermain game PC secara mudah alih

Kami juga bertanya kepada responden sama ada mereka ingin bermain game PC di peranti handheld, dan seramai 51.6% telah menjawab ya kepada soalan ini. Kami mendapati 32% dari mereka masih lagi ragu-ragu untuk bermain game PC di handheld atau kekal bermain di PC. Hanya 13.2% dari kalangan responden yang memilih menjawab tidak pada bermain di handheld. Manakala sebahagian kecil lagi memilih jawapan seperti ingin mendapatkan Switch, mahu bermain game PC hebat dan merasakan telefon pintar lebih berbaloi.

Hasil dapatan kami

Secara keseluruhan, kami telah mendapat pelbagai respon yang menunjukkan ramai gamer ingin memiliki Steam Deck pada masa akan datang, dan ianya bakal menjadi saingan hebat pada Switch. Perkara lain dari soal selidik ini juga menunjukkan ramai pemain berminat ke arah game PC berbanding platform lain. Mungkin dengan kehadiran Steam Deck sebagai platform baru, industri permainan video dapat melonjak lebih tinggi pada tahun akan datang kerana mereka mempunyai ramai pemain game PC.

Walau bagaimanapun, hasil dari soal selidik ini juga kami mendapati bahawa terdapat pemain PC yang masih mahu setia kepada platform tersebut, dan tidak mahu Steam Deck menjadi alternatif untuk pengalaman bermain mereka. Memandangkan pengalaman bermain game di monitor sangat memuaskan dan kebanyakannya lebih seronok untuk dimainkan di skrin besar, tidak hairanlah mengapa mereka memilih untuk setia pada PC.

Di samping itu, jika Steam Deck memasuki industri permainan video, semestinya penjualan pasaran handheld akan meningkat dan menjadi lebih baik. Kami menjangkakan ramai pemain bakal mendapatkan Steam Deck supaya mereka dapat bermain game PC dengan lebih kerap walaupun tidak berada di meja PC. Malah, ianya mungkin bakal mendapat sambutan yang menggalakkan kerana ramai pemain kini sentiasa bergerak, jadi untuk kekal di PC bukanlah sesuatu yang menjadi pilihan mereka.

Steam Deck bakal dilancarkan pada bulan Disember tahun ini, dan ianya akan memasuki pasaran Malaysia dalam awal tahun 2022. Jadi, bagi anda yang ingin mencari peranti mudah alih baru untuk memainkan game-game hebat dimana sahaja, boleh mula menyimpan duit dari sekarang. Jika anda ingin membaca segala liputan kami mengenai peranti ini, tekan sahaja pada pautan tersedia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Respon komunitiSoal SelidikSteam DeckValve
Previous Post

Red Solstice 2: Survivors Review – Kerja membunuh mutan tanpa belas kasihan

Next Post

Pra-pesanan untuk batch ke-7 PlayStation 5 akan dibuka bermula 23 Julai 2021!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Pra-pesanan untuk batch ke-7 PlayStation 5 akan dibuka bermula 23 Julai 2021!

Pra-pesanan untuk batch ke-7 PlayStation 5 akan dibuka bermula 23 Julai 2021!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd