Menjelang hujung tahun sudah semestinya banyak promosi yang akan dijalankan. Steam juga tidak terlepas dengan sale bermusim mereka dengan pelancaran Steam Autumn Sale 2023 pada hari ini. Ia berlangsung bermula 22 November sehinggalah 29 November 2023. Jadi kalau anda mempunyai wishlist yang masih panjang, bolehlah lihat dahulu game yang sedang promosi sekarang ini.
Sudah tentu anda juga boleh mendapatkan game baharu yang dikeluarkan sepanjang tahun ini. Jom kita lihat game yang menjadi highlight untuk Steam Autumn Sale 2023!
Star Wars Jedi: Survivor — RM 143 (40%)
God of War — RM 125.40 (40%)
Diablo IV — RM 192.00 (40%)

Sekiro: Shadows Die Twice — RM 142.50 (50%)

Red Dead Redemption 2 — RM 72.27 (67%)

Remnant 2 – RM 109.20 (30%)

Hogwarts Legacy — RM 149.40 (40%)
Starfield — RM191.20 (20%)
Forza Horizon 5 — RM99.50 (50%)
Street Fighter 6 — RM 161.04 (34%)

Payday 3 — RM 100 (20%)

The Last of Us Part 1 — RM 166.83 (33%)
Sonic Superstars — RM 111.30 (30%)
Selain daripada Autum Sale, Steam turut mengadakan The Steam Awards yang merupakan anugerah khas untuk platform tersebut! Terdapat 11 kategori yang tersedia untuk pencalonan iaitu:

- Game of the Year
- VR Game of the Year
- Labor of Love
- Best Game on Steam Deck
- Better With Friends
- Outstanding Visual Style
- Most Innovative Gameplay
- Best Game You Suck At
- Best Soundtrack
- Outstanding Story-Rich Game
- Sit Back and Relax
Dengan mencalonkan game untuk anugerah ini, anda boleh mendapatkan badge baharu daripada Steam. Anda juga boleh menaikkan level akaun! Finalis akan diumumkan semasa Winter Sale pada Disember ini, jadi jangan lupa untuk calonkan game kegemaran anda!
Untuk mendapatkan berita lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post