Baru-baru ini, Bethesda Softworks telah mengesahkan yang game yang dinantikan ramai pemain Starfield akan menerima penangguhan kali kedua dan akan dilancarkan pada 6 September 2023 di Xbox Series X|S dan PC melalui Steam.
Sebelum ini, mereka mengumumkan yang game ini telah ditangguhkan kepada separuh pertama 2023 daripada tarikh pelancaran awal iaitu 11 November 2022. Dan ini adalah penangguhan kali kedua yang dikenakan kepada Starfield kerana September adalah separuh kedua 2023.
Bersama dengan mengesahkan tarikh pelancaran Starfield, mereka telah mengumumkan yang mereka akan mengadakan satu acara dengan nama Starfield Direct pada 11 Jun 2023 bagi mendedahkan lebih banyak maklumat berkenaan game itu.
Kalau anda nak tahu, Starfield merupakan game action RPG yang dibangunkan oleh Bethesda Game Studios dan akan diterbitkan oleh Bethesda Softworks. Game ini akan menampilkan tema angkasa lepas dan anda boleh mereka bentuk watak sendiri serta mengembara ke pelbagai tempat.

Starfield berlaku pada tahun 2330 di mana manusia telah menerokai sistem suria dan menetap di planet baharu. Dari pelombong angkasa lepas hingga menyertai Constellation, kumpulan peneroka terakhir yang mencari artifak yang jarang ditemui di seluruh galaksi. Anda boleh tengok gameplay pertama yang telah dikeluarkan pada tahun lepas di bawah:
Bagi sesiapa yang tidak tahu, Starfield telah diumumkan sejak tahun 2018 dan bakal dikeluarkan pada 6 September 2023 di Xbox Series X|S, PC melalui Steam dan Xbox Game Pass pada hari pelancaran.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Gamer Santai juga sedang mengadakan giveaway di mana korang boleh memenangi PS5 Digital Edition! Nak tahu cara-cara untuk sertai? Baca SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post