Tidak sabar untuk mencuba Star Wars Outlaws dan Avatar: Frontiers of Pandora? Malangnya, saya ada berita buruk untuk pemain PC kerana kedua-dua game tersebut mungkin tidak akan datang ke Steam dan Epic Games Store. Secara lebih khusus, Star Wars Outlaws dan Avatar: Frontiers of Pandora kemungkinan besar tidak akan tersedia di Epic Games Store atau Steam, dan sebaliknya akan dilancarkan secara eksklusif di Ubisoft Store.
Menurut PCGamesN, mereka membuat kajian di laman web rasmi untuk kedua-dua game ini. Seperti yang anda dapat lihat melalui screenshot di bawah, satu-satunya platform PC yang tersedia untuk Star Wars Outlaws dan Avatar: Frontiers of Pandora hanyalah Ubisoft Connect.

Mungkin Ubisoft terlupa untuk menyenaraikan platform itu sekali? Itu pun bukan sebabnya. Apabila melayari laman web The Crew Motorfest dan Assassin’s Creed Mirage, kita dapat melihat nama platform Ubisoft Connect dan Epic Games Store tertera sekali. Malah, Ubisoft telah menawarkan banyak game besar lain termasuk Assassin’s Creed Valhalla dan Far Cry 6 di Epic Games Store sebelum ini.

Jadi, berita ini menimbulkan kekecohan di kalangan gamer PC apabila mula viral.
Namun, ini tidak 100% menjaminkan bahawa Star Wars Outlaws dan Avatar: Frontiers of Pandora akan diketepikan daripada Steam dan Epic Games Store. Ada kemungkinan ia akan keluar secara eksklusif dahulu di Ubisoft Store, lalu ditambah ke platform PC lain pada tarikh akan datang. Ada juga mengatakan yang mereka belum memuktamadkan perjanjian lesen rasmi bersama dua platform tersebut.
Info game
Avatar: Frontiers of Pandora ialah game open world action-adventure berdasarkan siri filem Avatar. Game ini sedang dibangunkan oleh Massive Entertainment dan akan diterbitkan oleh Ubisoft untuk PlayStation 5, Windows PC, dan Xbox Series X/S pada 7 Disember 2023.
Dimainkan dalam perspektif first-person, pemain mengawal seorang anak yatim Na’vi yang dibesarkan dan dilatih sebagai askar oleh RDA, yang bangun 15 tahun kemudian di fasiliti terbiar. Pemain mesti memulakan perjalanan merentasi Western Frontier, wilayah yang tidak pernah dilihat di Pandora, menemui asal usul mereka dan memimpin puak Na’vi tempatan untuk melawan RDA ketika mereka cuba mengeksploitasi sumber semula jadi Barat Frontier.
Star Wars Outlaws ialah game action-adventure yang dibangunkan oleh Massive Entertainment dan diterbitkan oleh Ubisoft di bawah lesen Lucasfilm Games. Game ini akan berlangsung dalam dunia Star Wars, semasa tempoh antara The Empire Strikes Back dan Return of the Jedi.
Dalam perspektif third person dan bermain secara open world, game ini menampilkan pertempuran terbuka dan mekanik stealth, pertempuran kenderaan, pertempuran angkasa lepas dan dialog pelbagai pilihan. Berlangsung di antara peristiwa The Empire Strikes Back dan Return of the Jedi, pemain mengawal Kay Vess dan rakannya Nix semasa mereka “bercuba salah satu rompakan terbesar di angkasa lepas”.
Anda boleh baca lagi banyak berita menarik oleh kami di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post