Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Star Wars Jedi: Survivor akan tiba Mac 2023! Sambungan kisah Cal Kestis! [TGA 2022]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 6, 2022 - Updated on December 9, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Star Wars Jedi: Survivor akan tiba Mac 2023! Sambungan kisah Cal Kestis! [TGA 2022]
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik buat para gamer di seluruh dunia kerana Star Wars Jedi: Survivor bakal dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam pada 17 Mac 2023. Info ini berasal daripada acara The Game Awards 2022.

Ternyata ini hanyalah satu kesilapan kerana Electronic Arts dan Respawn Entertainment telah membuang semua maklumat, termasuk tarikh keluaran, deskripsi baru, bonus pre-order dan kandungan Deluxe Edition. Nasib baiklah info itu masih di internet, jadi berikut adalah info lengkap!

Rumusan

Kisah Cal Kestis diteruskan dalam Star Wars Jedi: Survivor, game ‘third-person action–adventure merangkumi galaksi’, dari Respawn Entertainment, yang dibangunkan dengan kerjasama Lucasfilm Games. Game single-player yang didorong oleh naratif ini menceritakan 5 tahun selepas peristiwa Star Wars Jedi: Fallen Order dan mengikuti perjuangan Cal yang semakin terdesak ketika galaksi turun lebih jauh ke dalam kegelapan.

Didorong ke hujung galaksi oleh Empire, Cal mendapati dirinya dikelilingi oleh ancaman baru dan biasa lihat. Sebagai salah satu daripada Jedi Knights terakhir yang masih hidup, Cal didorong untuk bertahan di zaman paling gelap dalam galaksi – tetapi sejauh mana dia sanggup pergi untuk melindungi dirinya, krewnya dan legasi Jedi Order?

Ciri-ciri utama

  • Teruskan pengembaraan Cal – Bukan lagi seorang Padawan, Cal kini menjadi Jedi Knight yang hebat. Membawa memori dan harapan Jedi Order bersamanya, perangnya menentang Empire menjadi lebih berbahaya. Zaman gelap semakin hampir, dan bersama musuh baru dan biasa dilihat di sekeliling, Cal perlu memutuskan sejauh mana dia sanggup pergi untuk menyelamatkan mereka yang rapat dengannya.
  • Melangkaui latihan anda – Sistem pertempuran sinematik kembali dengan abiliti Force tambahan dan gaya pertempuran lightsaber baharu. Manfaatkan semua abiliti dan senjata ini secara kreatif untuk menghadapi musuh yang semakin meluas secara strategik, mengukur kekuatan dan kelemahan mereka sambil menggunakan latihan dengan bijak untuk mengatasi pihak lawan dan menyelesaikan misteri yang menghalang anda.
  • Terokai galaksi yang liar – Temui planet baharu dan lokasi terkenal dalam galaksi Star Wars, masing-masing dengan biom, cabaran dan musuh unik. Kuasai skil, peralatan dan abiliti baharu yang menambah cara anda meneroka, dan melawan. Dengan kawasan yang lebih besar untuk diterokai dan lebih banyak lagi untuk dijumpai di luar rahsia, pemain yang mengembara di ruang paling dalam akan mendapat ganjaran tersembunyi.

Bonus daripada Pre-Order

Pre-order Star Wars Jedi: Survivor Standard Edition untuk melengkapkan Cal dengan “Jedi Survival” Cosmetic Pack yang diinspirasikan oleh Obi-Wan Kenobi:

  • “Hermit” Cosmetic
  • “Hermit” Lightsaber Set
  • “Combustion” Blaster Set

Kandungan Deluxe Edition

Buka barangan kosmetik eksklusif yang diilhamkan oleh Han Solo dan Luke Skywalker, seperti yang dilihat dalam Star Wars: A New Hope, di dalam Star Wars Jedi: Survivor Deluxe Edition.

Pek Kosmetik “Galactic Hero” termasuk:

  • “Galactic Hero” Cosmetic Pack termasuk:
    • “Scoundrel” Cosmetic
    • “Rugged” BD-1 Cosmetic
    • “DL-44” Blaster Set
  • “New Hero” Cosmetic Pack termasuk:
    • “Rebel Hero” Cosmetic
    • “BD-Astro” BD-1 Cosmetic
    • “Rebel Hero” Lightsaber Set
  • Selain itu, terima “Jedi Survival” Cosmetic Pack yang diinspirasikan oleh Obi-Wan Kenobi:
    • “Hermit” Cosmetic
    • “Hermit” Lightsaber Set
    • “Combustion” Blaster Set

Memandangkan EA atau Respawn masih belum membuat pengumuman rasmi, kita tidak tahu secara rasmi jika Star Wars Jedi: Survivor akan dikeluarkan pada 17 Mac 2023 mengikut maklumat di Steam. Buat masa ini, peminat hanya mampu menunggu info baru di The Game Awards.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ps5star warsStar Wars Jedi: SurvivorsteamXbox Series
Previous Post

“Membawa Perubahan Baru Kepada Peminat” — Interview Dragon Quest Treasures Bersama Taichi Inuzuka

Next Post

‘Project L’ tunjuk asas gameplay & sistem Tag – fighting game berdasarkan League of Legends!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
‘Project L’ tunjuk asas gameplay & sistem Tag – fighting game berdasarkan League of Legends!

'Project L' tunjuk asas gameplay & sistem Tag - fighting game berdasarkan League of Legends!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd