Star Wars sememangnya satu francais yang popular tanpa mengira mediumnya seperti filem, komik, game dan banyak lagi. Game Star Wars juga sudah banyak dihasilkan sejak 1982. Kalau anda ingin tahu, ada satu game FPS Star Wars yang menjadi kegemaran ramai peminat bakal mendapat remaster, iaitu Star Wars: Dark Forces!
Perkara ini telah pun didedahkan oleh Nightdive Studios beberapa bulan yang lalu. Star Wars: Dark Forces remaster dijadualkan untuk lancar pada 28 February 2024 di PS5, PS4, Xbox Series, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam.

Untuk pengetahuan anda, Star Wars: Dark Forces pertama kali dilancarkan pada 1995 pada MS-DOS dan juga game FPS pertama utnuk francais. Untuk versi remaster ini, game boleh dimainkan sehingga resolusi 4K pada 120 FPS. Bukan setakat itu sahaja, gameplay juga mendapat penambahbaikan termasuklah grafik. Ia juga memberikan sokongan pada controller moden.

Tentang Star Wars: Dark Forces
Bermain sebagai Kyle Katarn, seorang pembelot Galactic Empire yang bertukar menjadi tentera upahan. Katarn menyertai bahagian operasi rahsia Rebel Alliance yang ditugaskan untuk menyusup ke Empayar Galactic, di mana dia menemui Dark Trooper Project rahsia. Pembangunan siri baharu pertempuran droid Imperial dan pasukan pejuang berperisai berkuasa ini akan menguatkan cengkaman Empire di galaksi melainkan Katarn dan Rebel Alliance campur tangan.

Anda bolehlah wishlist game ini jika ingin mainkannya nanti! Untuk mendapatkan berita lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post