Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Star Ocean: The Divine Force kini tersedia untuk konsol & PC, JRPG tema sci-fi!

Alan Fikri by Alan Fikri
October 27, 2022
in Action, ARPG, Artikel, Berita, Game, Genre, PC, Platform, PS4, PS5, RPG, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Star Ocean: The Divine Force kini tersedia untuk konsol & PC, JRPG tema sci-fi!
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix telah mengumumkan bahawa game terbaru mereka, Star Ocean: The Divine Force, sebuah game action RPG kini tersedia untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S manakala untuk PC akan boleh mula dimainkan esok. Dibangunkan oleh tri-Ace Inc., game ini akan membawa pemain meneroka ke dunia sci-fi fantasi yang luas dan merasai pengembaraan yang seronok, pertempuran fast-pace dan kisah original game ini.

Mereka berterima kasih kepada para peminat yang sentiasa menyokong, kepada mereka yang telah menunjukkan minat sejak bermulanya siri in dan para media yang membuat liputan tentang game ini.

Square Enix membangunkan game ini hanya dengan satu matlamat iaitu untuk mencipta Star Ocean yang baru dengan aksi pertempuran terbaik untuk siri ini. Mereka percaya bahawa mereka berjaya mencapai matlamat tersebut dengan memberikan pemain pengalaman meneroka di langit, tanah dan tiga dimensi bersama-sama pertempuran yang menyeronokkan dan banyak lagi.

Gabungan genre sci-fi dan fantasi merupakan aspek unik untuk game ini. Kali ini, Star Ocean: The Divine Force menggunakan sistem dua protagonis di mana pemain akan mendapat pengalaman bermain game ini melalui dua perspektif yang berbeza.

Senario utama game ini adalah sama, tetapi ia memberi kesan berbeza tentang kisah game ini bergantung dengan tamadun mana yang dipilih oleh pemain. Tambahan pula, setiap tajuk untuk siri ini merupakan siri pengalaman standalone, bermaksud game ini tidak ada kena-mengena dengan siri lain supaya anda boleh merasai pengalaman penuh “The Divine Force”.

Star Ocean The Divine Force akan tersedia dalam dua edisi iaitu standard dan deluxe. Dalam edisi deluxe, anda akan menerima soundtrack original dan item in-game yang mengandungi Armour dan Accessory pack.

Star Ocean: The Divine Force Original Soundtrack

Dalam soundtrack original, ia akan mengandungi 80 lagu yang dikompos khas untuk game ini.

In-game DLC

  • Armor Pack
    • Radiant Hildegrim
    • Holy Sigrdrifa
  • Accessory Pack
    • Bunny the Logomower Brooch
    • Tri-Emblum
    • Gold Bunny Statue
    • Advaranaut’s Ring

Sekali lagi saya ingatkan, Star Ocean: The Divine Force tersedia hari ini untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S manakala untuk PC akan boleh mula dimainkan esok menerusi Steam.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik tentang game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Gamesquare enixStar Ocean The Divine Force
Previous Post

Hugh Jackman kembali sebagai Wolverine, ini punca & sebabnya!

Next Post

gamescom asia 2022 — Industri game Asia berkembang pesat, acara kembali lagi pada 2023

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
gamescom asia 2022 — Industri game Asia berkembang pesat, acara kembali lagi pada 2023

gamescom asia 2022 -- Industri game Asia berkembang pesat, acara kembali lagi pada 2023

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd