Square Enix mengumumkan Star Ocean The Devine Force akan dilancarkan pada 27 Oktober 2022 di PlayStation 5 manakala PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam akan tersedia pada 28 Oktober 2022.
Dibangunkan oleh tri-Ace Inc., ia menandakan lembaran baharu dalam sejarah galaksi dan akan menceritakan kisah yang menggabungkan unsur fiksyen sains dan fantasi dengan lancar. Pra-pesanan untuk versi digital telah tersedia bermula 30 Jun 2022.
Star Ocean The Devine Force akan tersedia dalam dua edisi iaitu standard dan deluxe. Dalam edisi deluxe, anda akan menerima soundtrack original dan item in-game yang mengandungi Armour, Accessory dan Weapon pack.
Star Ocean The Devine Force Original Soundtrack

Dalam soundtrack original, ia akan mengandungi 80 lagu yang dikompos khas untuk game ini.
In-game DLC
Kepada pemain yang membeli versi fizikal atau digital, mereka akan diberikan mini game pawn pack. Manakala yang pra-pesan edisi standard ataupun deluxe juga akan menerima item in-game weapon pack untuk watak utama termasuk “Greatsword” untuk Raymond, “Lionheart’s Blutgang” dan “Dual blades” untuk Laeticia, “Flashing Naglering.”

Ciri-ciri penting
- Terbang di sekitar kawasan dengan bebas
- Dalam Star Ocean The Devine Force, watak dibenarkan bergerak secara bebas dan terbang ke langit.
- Bergerak dan meneroka secara bebas dalam tiga dimensi
- Anda boleh bergerak dalam tiga dimensi sambil terbang mengelilingi persekitaran terbesar yang pernah ada.
Sama ada anda terbang mengelilingi dan meneroka permukaan batu dan bumbung bangunan di bandar, atau melompat dari curam bukit untuk memasuki pertempuran dengan lancar, anda akan mempunyai lebih banyak kebebasan dari segi pengembaraan dan pertempuran.
- Anda boleh bergerak dalam tiga dimensi sambil terbang mengelilingi persekitaran terbesar yang pernah ada.
- Aksi terpantas dan terkuat yang tidak pernah ada dalam siri
- Walaupun game akan memberi anda ruang untuk bermain sesuka hati, skop pertempurannya juga telah berkembang.
Watak boleh menundukkan sejumlah besar musuh dengan serangan pergerakan berkelajuan tinggi, ability istimewa di mana anda boleh lenyap seketika dari hadapan mata musuh dan skill yang boleh membunuh dalam satu pukulan!
- Walaupun game akan memberi anda ruang untuk bermain sesuka hati, skop pertempurannya juga telah berkembang.

Anda boleh dapatkan Star Ocean The Devine Force bermula sekarang dengan pra-pesan di platform PS, Xbox dan PC. Banyak bonus yang diberikan oleh mereka jika anda membuat pra-pesan. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

@gamersantaimy
Discussion about this post