Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Stalker 2: Heart of Chernobyl dedah gameplay baru, akan keluar pada 2023!

Alan Fikri by Alan Fikri
December 30, 2022
in Artikel, Berita, Epic Store, Game, Genre, GOG, Open World, Platform, Shooter, Steam, Xbox, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Stalker 2: Heart of Chernobyl dedah gameplay baru, akan keluar pada 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah beberapa kali ditangguhkan, akhirnya GSC Game World telah mendedahkan video gameplay terbaru untuk game mereka, iaitu Stalker 2: Heart of Chernobyl. Trailer yang digelar sebagai “Come to Me” ini juga telah mendedahkan bahawa game ini akan dikeluarkan pada tahun 2023 dan tersedia untuk Xbox Series X|S dan PC.

Anda boleh tonton trailer di bawah:

Berdasarkan trailer tersebut, peminat dapat melihat pandangan yang lebih dalam tentang sekuel ini. Video ini juga termasuk dengan rakaman campuran urutan sinematik in-game dan bunyi tembakan yang kuat. Pemain akan berhadapan dengan tentera, anjing dan juga makhluk aneh yang dipanggil sebagai Bloodsucker. Raksasa itu mempunyai sesungut tergantung dari mulut mereka dan boleh menjadi halimunan untuk seketika apabila ia bergerak.

Apa yang membuatkan trailer ini nampak menarik ialah kerja luar biasa yang telah dilakukan oleh GSC Game World terhadap grafik game ini. Persekitaran Stalker 2: Heart of Chernobyl juga kelihatan sangat jelas dan lebih terperinci. Pencahayaan dalam game juga sangat menarik dengan cahaya matahari bersinar disebalik awan, pantulan daripada air dan memancar melalui pokok. Elemen Noosphere ghaib, termasuk seripihan terapung dan kesan kilat juga kelihatan luar biasa.

Stalker 2: Heart of Chernobyl ialah game open-world dengan cerita bukan linear, jadi pemain boleh meneroka dunia game ini dan menempuh pelbagai cabaran yang akan mereka hadapi. Sehubungan itu, trailer ini hanyalah usikan tentang apa yang akan menanti pemain di Chornobyl.

Bagi mereka yang tidak tahu, Stalker 2 telah menjalani proses pembangunan yang sangat lama, di mana versi original pada mulanya dijangka akan keluar pada 2012. Namun ia terpaksa dibatalkan kerana pembubaran GSC Game World pada tahun 2011. Pada tahun 2014, syarikat ini ditubuhkan semula dan terus kembali membangunkan game ini pada tahun yang sama.

Stalker 2: Heart of Chernobyl merupakan game FPS survival horror yang dibangunkan oleh developer game dari Ukraine, GSC Game World dan akan dikeluarkan di Xbox Series X|S dan PC melalui Steam, Epic Games Store dan GOG. Anda juga boleh membuat pra-pesan sekarang!

Jadi, mesti ramai peminat yang tidak sabar untuk bermain game ini. Harapnya dengan penangguhan yang lama seperti ini dapat mencapai visi dan tahap yang mereka inginkan. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: epic games storeGamegogStalker 2: Heart of ChernobylsteamXbox Series X | S
Previous Post

Violent Night Review — Santa Claus Ganas Datang Membantu!

Next Post

Bleach: Kisah sebenar di sebalik kematian ibu Ichigo, Kurosaki Masaki

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta
Esports

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta

June 4, 2025
Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!
Berita

Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!

June 4, 2025
Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna
Review

Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna

Next Post
Bleach: Kisah sebenar di sebalik kematian ibu Ichigo, Kurosaki Masaki

Bleach: Kisah sebenar di sebalik kematian ibu Ichigo, Kurosaki Masaki

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd