Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Stalker 2 ditangguhkan sekali lagi kepada awal tahun 2023

safwan by safwan
June 15, 2022
in Artikel, Berita, Game Baru, PC, Seram, Shooter, Survival, Xbox Series X|S
0 0
0
Stalker 2 ditangguhkan sekali lagi kepada awal tahun 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Pada Februari lepas, pembikinan Stalker 2 terpaksa dihentikan kerana serangan Rusia ke atas Ukraine. Baru-baru ini, kami medapat info di mana mereka telah kembali membangunkan game dan oleh itu, Stalker 2 yang sepatutnya dijadualkan akan keluar pada bulan Disember terpaksa ditangguhkan kepada awal tahun 2023.

Ini bukan kali pertama mereka menangguhkan tarikh keluaran bagi game ini, sebelum ini mereka telah menangguhkan kepada bulan Disember, tujuh bulan selepas tarikh keluaran asal iaitu pada bulan Jun 2022 atas sebab “masih memerlukan ujian dan penggilapan yang menyeluruh dan memenuhi visi serta mencapai tahap yang diingini.”

Selain itu, mereka juga mengeluarkan satu trailer semasa acara Xbox Game Show Extended malam tadi. Jika masih belum tengok trailer tersebut, kami sediakannya di bawah.

Bagi mereka yang tidak tahu, Stalker 2 telah menjalani proses pembangunan yang sangat lama, di mana versi original pada mulanya dijangka akan keluar pada 2012. Ini terpaksa dibatalkan apabila developer GSC Game World dibubarkan pada tahun 2011. Ditubuhkan semula pada 2014, GSC Game World memulakan pembangunan sekali lagi pada tahun yang sama. Jika semua berjalan lancar, saya harap delay ini berbaloi untuk tunggu, kerana ramai peminat Stalker menunggu ansuran paling latest memandangkan game terakhir keluar pada tahun 2009.

Stalker 2: Heart of Chernobyl merupakan game FPS survival horror yang dibangunkan oleh developer game dari Ukraine, GSC Game World dan akan dikeluarkan di Xbox Series X|S dan PC melalui Steam dan Epic Games Store. Ia juga turut tersedia di PC Game Pass semasa hari pertama dilancarkan.

Sekali lagi saya ingin mengingatkan anda, Stalker 2: Heart of Chernobyl akan ditangguhkan kepada awal tahun 2023. Jadi, mesti ramai peminat yang tidak sabar untuk bermain game ini. Harapnya dengan penangguhan yang lama seperti ini dapat mencapai visi dan tahap yang mereka inginkan. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Stalker 2: Heart of Chernobyl
Previous Post

Filem Dragon Ball Super: Super Hero akan keluar di Malaysia pada 30 Ogos

Next Post

ASUS ROG memperkenalkan barisan laptop gaming AMD 2022 baru – ROG Flow X13 dan siri ROG Zephyrus!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
ASUS ROG memperkenalkan barisan laptop gaming AMD 2022 baru – ROG Flow X13 dan siri ROG Zephyrus!

ASUS ROG memperkenalkan barisan laptop gaming AMD 2022 baru - ROG Flow X13 dan siri ROG Zephyrus!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd