Project Xehanort adalah nama sementara untuk game terbaru Square Enix bagi peranti mobile iOS dan Android. Dengan slogan “an all-new Kingdom Hearts experience“, game ini akan keluar pada pertengahan tahun ini. Square Enix membuat pengumuman mengejut ini di akaun Twitter Project Xehanort dan mencipta sebuah hub baru di laman web Kingdom Hearts berkenaan projek tersebut. Game mobile baru ini mungkin akan menerangkan kejatuhan Xehanort ke lembah kegelapan dan transformasinya kepada antagonis utama dalam siri Kingdom Hearts.
Selain perkara yang disebut di atas, tidak ada lagi maklumat yang didedahkan mengenai Project Xehanort. Kerana nama sebenar ini masih dirahsiakan, Square Enix memutuskan untuk mengadakan ‘Guess the Name Campaign‘ yang berlangsung sehingga Selasa, 28 Januari dan hadiah istimewa akan diberikan kepada pemenang yang berjaya meneka nama sebenar Project Xehanort.
Welcome to the official Twitter page for "Project Xehanort", an all-new KINGDOM HEARTS experience planned for Spring 2020!
Read about our "Guess the Name" Twitter campaign on the Project Xehanort website: https://t.co/G8NEwhmS2Y pic.twitter.com/S5cWIyCdJN
— KINGDOM HEARTS DARK ROAD (@kh_dr_na) January 23, 2020
Untuk melayakkan diri, anda perlu follow akaun Twitter Project Xehanort, komen jawapan anda, dan menyertakan hashtag #KHNameContest. Anda boleh menyemak butiran terperinci untuk pertandingan ini di laman web Square Enix.
https://twitter.com/projectxehanort/status/1220149826710409216
Januari ialah bulan yang sibuk untuk Kingdom Hearts, kerana pakej DLC Kingdom Hearts 3 Re:Mind akan keluar hari ini. Kami tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut tentang Project Xehanort, termasuk isi kandungannya, bila ia berlaku dalam siri Kingdom Hearts, dan sudah tentu butiran gameplay.
@gamersantaimy
Discussion about this post