Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Square Enix Beralih Daripada “Game Eksklusif PS5”, Kini Fokus Ke Arah Strategi Berbilang Platform

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 14, 2024
in Artikel, Berita, Industri
0 0
0
Square Enix Beralih Daripada “Game Eksklusif PS5”, Kini Fokus Ke Arah Strategi Berbilang Platform
Share on FacebookShare on Twitter

Memang benar Square Enix telah mengeluarkan banyak game di Nintendo Switch dan Xbox, tetapi kedua-dua platform tersebut diabaikan untuk majoriti game AAA mereka, termasuk Final Fantasy XVI dan Final Fantasy VII Rebirth. Walau bagaimanapun, nampaknya Square Enix akan bergerak ke arah strategi berbilang platform (multiplatform) pada tahun-tahun akan datang.

Kredit: Square Enix

Semalam, Square Enix telah mengumumkan pelan perniagaan jangka sederhana baharu. Bertajuk “Square Enix Reboots and Awakens: 3 Years of Foundation-Laying for Long-Term Growth”, pelan perniagaan baharu ini meliputi tahun fiskal berakhir 31 Mac 2025 hingga tahun fiskal berakhir 31 Mac 2027.

Mengikut pelan itu, ia ditetapkan untuk mengatasi cabaran utama yang dihadapi oleh syarikat sebelum ini.

Kredit: Square Enix

“Keuntungan rendah dalam subsegmen Game HD, penurunan game untuk subsegmen Smart Devices dan PC Browser, pengurusan portfolio francais yang tidak mencukupi dan jurang dalam infrastruktur pengurusan kumpulan” telah diserlahkan sebagai antara cabaran utama pada tempoh tersebut.

Empat strategi utama telah dirancang di mana salah satu melibatkan “mengukuhkan titik hubungan pelanggan”, di mana mereka akan “beralih kepada strategi berbilang platform”. Kini, Square Enix akan “secara agresif mengejar strategi berbilang platform yang merangkumi platform Nintendo, PlayStation, Xbox dan PC”.

Kredit: Square Enix

Pelan itu terutamanya, “berkaitan dengan francais utama dan judul AAA termasuk katalog” dan dengan berbuat demikian, Square Enix berkata mereka “akan membina persekitaran di mana lebih ramai pelanggan boleh menikmati judul mereka”.

Pelan baharu ini mencadangkan bahawa Square Enix mungkin akan membuang status eksklusif pada masa hadapan dan akan mengeluarkan game utama Final Fantasy do platform lain, sedangkan dulu ia hanya dikeluarkan sebagai PlayStation eksklusif.

Kredit: Square Enix

Dalam dokumen yang sama, Square Enix juga menekankan peralihan kuantiti kepada kualiti, dengan matlamat untuk “melancarkan judul yang memastikan keseronokan dan meningkatkan kesetiaan kepada jenama kami, dengan keutamaan besar untuk membawa senyuman ke wajah pelanggan kami”.

Dokumen itu juga melaporkan prestasi kewangan syarikat untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024, di mana penerbit menyerlahkan bahawa terdapat kerugian operasi yang ketara sebanyak ¥8.1 bilion (kira-kira RM244,811,970) dalam subsegmen Game HD, yang merangkumi judul AAA seperti Final Fantasy VII Rebirth, FOAMSTARS dan Final Fantasy XVI, antara nama-nama besar.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: square enix
ShareTweetSend
Previous Post

Sony Interactive Entertainment Melantik Hideaki Nishino & Hermen Hulst Sebagai CEO Baharu

Next Post

Siri Monster Hunter Cecah Jualan 100 juta, Monster Hunter Rise Sahaja Sudah Jual 15 juta

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Siri Monster Hunter Cecah Jualan 100 juta, Monster Hunter Rise Sahaja Sudah Jual 15 juta

Siri Monster Hunter Cecah Jualan 100 juta, Monster Hunter Rise Sahaja Sudah Jual 15 juta

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd