Game SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake telah pun dilancarkan dan kami rasa ramai yang sudah mulakan pengembaraan pelik ini. Kami juga telah memberikan ulasan kami mengenainya. Kali ini, kami berpeluang mendapat SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake BFF Collector’s Edition! Terima kasih THQ Nordic atas pemberian menarik ini! Jadi tanpa membuang masa, jom kita lihat apa yang ada dalam BFF Collector’s Edition ini.

Kotak bungkusan untuk BFF Collector’s Edition ini memaparkan visual daripada kotak game. Kita akan nampak watak-watak yang muncul dalam siri animasi SpongeBob SquarePants. Buka sahaja, terdapat sijil yang untuk pemilik edisi hebat ini. Disebabkan edisi ini merupakan edisi untuk konsol Switch, jadi kita dapat salinan fizikal game SpongeBob SquarePants The Cosmic Shake untuk konsol tersebut.
Selepas itu, kita ada figura SpongeBob yang bernama “Cosmic Victor Statue”. Boleh tahan besar juga figura ini dan ia mempunyai ketinggian hampir 25 cm. Tiba-tiba teringat pula pada satu episod di mana SpongeBob dan gengnya membuat band bersama Squidward. Walaupun mempunyai reka bentuk yang “simple”, tetapi perincian serta kekemasan figura ini memang cantik.
Selain itu, ada empat placemat comel yang tersedia. Setiap placemat itu mempunyai ilustrasi unik tersendiri. Boleh lihat gambar di bawah.

Bukan setakat itu sahaja, ada empat boleh getah khas tersedia. Dalam setiap bola itu, akan ada figura SpongeBob dengan kostum unik tersendiri. Ada yang memakai kostum lanun, kostum koboi dan lain-lain. Kalau anda ingin tahu, inilah kostum yang turut muncul dalam game. Terdapat juga rantai loket yang mengandungi gambar SpongeBob bersama kawan baiknya, Patrick.
Item terakhir yang ada dalam SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake BFF Collector’s Edition ialah belon Patrick sebesar 50 cm. Mengah juga nak tiup belon ini. Tetapi bila dah habis tiup, bolehlah buat peluk sambil main game SpongeBob yang baru ini.

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda semua. Ada banyak lagi produk lain yang kami telah unboxing! Boleh klik pautan ini untuk melihatnya!
@gamersantaimy
Discussion about this post