Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

SPOILER: Rahsia di sebalik sumpahan KARMA terbongkar! Boruto tidak selamat!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 22, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
SPOILER: Rahsia di sebalik sumpahan KARMA terbongkar! Boruto tidak selamat!
Share on FacebookShare on Twitter

Uzumaki Boruto telah melalui pelbagai cabaran dalam hidupnya, dan nampaknya keadaan akan bertambah buruk lagi kerana sumpahan Karma. Sudah agak lama sejak Boruto menerima sumpahan aneh ini, dan ternyata Karma jauh lebih bahaya daripada yang semua orang sangka. Ayahnya, Uzumaki Naruto telah belajar apa sebenarnya maksud sumpahan itu, dan jika dibiarkan, Karma pasti akan membunuh Boruto.

Pendedahan ini datang daripada manga Boruto: Naruto Next Generations. Bab terkini manga mengikuti Naruto ketika dia dan rakan-rakan menyaksikan Kashin Koji melawan Jigen melalui rakan (Siapakah Kashin Koji? Baca di sini). Di sini, Amado memberitahu Hokage mengapa dia harus takut pada sumpahan Karma, dan anda semua pasti terkejut dengan penjelasannya.

“Semasa pertarungan, Momoshiki mengubah dirinya menjadi data, meniru diri sendiri, dan menanamkan dirinya ke dalam tubuh Boruto. Adakah kamu faham? Pendek kata, Karma adalah fail backup Otsutsuki yang dimampatkan,” kata Amado.

“Fail yang dimampatkan itu perlahan-lahan diekstrak dari semasa ke semasa. Ia masih berlaku walaupun pada saat ini, dan apabila semua data diekstrak sepenuhnya, tubuh Boruto akan dikawal oleh data Momoshiki. Dan Boruto sendiri akan lenyap sepenuhnya.”

Wahh, malangnya Boruto. Rupanya sumpahan keji ini ialah versi Momoshiki yang dimampatkan ke dalam Boruto. Jika tidak diselamatkan, dia akhirnya akan berubah menjadi Otsutsuki. Sudah tentu Naruto tidak gembira mendengar maklumat itu dan pasti akan berusaha untuk menyelamatkan Boruto setelah mengetahui tentang masa depannya yang gelap.

Boruto bukanlah satu-satunya yang perlu Naruto bimbang. Dia mungkin prihatin terhadap anaknya, tetapi Kawaki juga mempunyai sumpahan Karma. Momoshiki memberi Karma kepada Boruto, manakala Isshiki bertanggungjawab atas Karma dimiliki oleh Kawaki. Amado memberi amaran kepada ninja Konoha bahawa Isshiki tidak boleh mengambil alih tubuh Kawaki kerana dunia akan hancur jika dia diberi peluang tersebut. Mujurlah, Amado akan mengajar cara untuk membunuh puak Otsutsuki. JENG JENG JENG! Di sini, bab pun tamat.

Adakah anda terkejut dengan pendedahan Karma? Kongsikan pendapat di ruang komen.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeBorutoBoruto: Naruto Next GenerationsKarmaKawakimanganaruto
Previous Post

[GIVEAWAY] Peluang untuk memenangi salinan FIFA 20 secara PERCUMA!

Next Post

SINoALICE pengembaraan Dark Fantasy Yoko Taro kini dibuka untuk Pre-Register di iOS secara Global!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
SINoALICE pengembaraan Dark Fantasy Yoko Taro kini dibuka untuk Pre-Register di iOS secara Global!

SINoALICE pengembaraan Dark Fantasy Yoko Taro kini dibuka untuk Pre-Register di iOS secara Global!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd