Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Spoiler One Piece: Bounty baru ahli Straw Hat, kisah Buggy jadi Yonko

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 29, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Spoiler One Piece: Bounty baru ahli Straw Hat, kisah Buggy jadi Yonko
Share on FacebookShare on Twitter

One Piece bab 1058 telah keluar minggu lepas dan nampaknya ia mengandungi banyak maklumat penting yang peminat wajib tahu. Secara lebih khusus lagi, bab minggu ini mendedahkan segala maklumat tentang bounty setiap ahli Straw Hat dan menerangkan carta organisasi sebenar Cross Guild, yang terdiri daripada watak hebat Mihawk, Crocodile, dan Buggy. Akhir sekali, kita dapat tahu keadaan semasa Flame Emperor Sabo yang dilaporkan “menghilangkan diri”.

One Piece, Ch. 1,058: The story of how Buggy became an Emperor of the Sea revealed! Read it FREE from the official source! https://t.co/qybXtVjstZ pic.twitter.com/wnYHfCf3UG

— Shonen Jump (@shonenjump) August 28, 2022

AMARAN! BERIKUT ADALAH SPOILER UNTUK ONE PIECE BAB 1058!

Bounty terkini geng Straw Hat

Bounty milik Luffy, yang baru-baru ini dinaikkan pangkat ke status Yonko, telah didedahkan dalam bab 1053 di mana dia memiliki jumlah 3 bilion berry. Walau bagaimanapun, bounty untuk ahli krew Straw Hat tidak didedahkan sehingga sekarang. Dalam bab ini, seekor News Coo membawa surat khabar yang mengandungi maklumat terkini tentang geng Straw Hat.

Pertama sekali, bounty Chopper (doktor aka haiwan peliharaan) adalah 1000 berry. Nami, yang memegang peranan navigator, pula mempunyai bounty sebanyak 366 juta berry. Seterusnya adalah ialah Brook, si pemuzik, yang mempunyai bounty sebanyak 383 juta berry. Franky si pembuat kapal mempunyai bounty sebanyak 394 juta berry, namun, apa yang lucu adalah gambar “wanted”-nya bukanlah muka Franky tetapi kapal Thousand Sunny.

Ini diikuti oleh Usopp (sniper) yang mempunyai bounty 500 juta berry (hakikatnya dia tidak ingin bouty semakin tinggi kerana takut lebih ramai orang akan memburunya).

Bermula di sini, nilai bounty menjadi semakin gila di mana Nico Robin (arkeologis) mempunyai bounty sebanyak 930 juta berry kerana merupakan individu yang penting untuk membongkarkan rahsia One Piece. Selepas mentafsir tiga daripada empat Poneglyph dan menewaskan Black Maria (Tobiroppo), Nico Robin wajar dinilai begitu tinggi.

Sekarang kita beralih kepada 3 pahlawan paling kuat dalam krew iaitu Zoro (pendekar pedang), Sanji (tukang masak) dan Jinbe (pengemudi kapal) yang bounty melebihi 1 bilion. Buat masa sekarang, bounty Zoro ialah 1.111 bilion berry, manakala Jinbe mengikutinya dengan jumlah 1.1 billion berry. Di tempat ketiga adalah Sanji yang mempunyai jumlah sebanyak 1.032 bilion berry.

(Sanji juga bergaduh dengan Zoro kerana tidak puas hati bounty-nya lebih rendah).

Asal-usul Cross Guild

Majoriti bab 1058 tertumpu kepada Cross Guild yang kononnya “diketuai oleh Buggy the Clown” dan dihuni oleh nama-nama hebat seperti Crocodile dan Mihawk. Rupanya itu bukan lah kisah sebenar.

Asal usul organisasi Cross Guild bermula begini: selepas status Shichibukai milik Buggy dibatalkan, Crocodile pergi untuk mengutip hutangnya daripada badut tersebut. Dalam keadaan miskin, Buggy tidak mampu membayar hutang dan sebaliknya menawarkan diri dan krewnya untuk berkhidmat di bawah Crocodile. Crocodile kemudian menghubungi Mihawk untuk mengasaskan organisasi bagi menentang pihak Marine.

Memandangkan krew Buggy mengusahakan promosi untuk organisasi, mereka secara tidak sengaja membuat rupa Buggy seperti ketua (krew pun tersilap dan benar-benar anggap bahawa Crocodile dan Mihawk bekerja di bawah Buggy).

Bab itu kemudiannya mendedahkan bounty individu-individu ini. Pendekar pedang terkuat di dalam dunia, Dracule Mihawk, mempunyai bounty sebanyak 3,590,000,000 berry, diikuti oleh Buggy, yang memperoleh 3,189,000,000 berry. Akhir sekali adalah bekas Shichibukai, Sir Crocodile, yang mempunyai bounty sebanyak 1,965,000,000 berry.

Sabo masih hidup

One Piece mengakhiri bab 1058 dengan menunjukkan keadaan Revolutionary Army. Walaupun semua askar-askar mereka berjaya kembali tanpa kecederaan besar selepas mengisytiharkan perang ke atas Celestial Dragons di Reverie, Sabo didapati tidak pulang bersama mereka.

Walau bagaimanapun, pada akhir bab, nampaknya Sabo masih hidup dan dapat menghubungi Monkey D. Dragon. Kita pasti akan mendengar kebenaran di sebalik insiden yang berlaku dalam bab seterusnya.


Untuk segala maklumat kami tentang One Piece, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animemangaone pieceStraw Hat
Previous Post

Netflix batalkan siri live-action Resident Evil, tidak capai sasaran katanya

Next Post

Nikmati diskaun hingga RM3500 semasa MSI Merdeka Sales 2022!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Nikmati diskaun hingga RM3500 semasa MSI Merdeka Sales 2022!

Nikmati diskaun hingga RM3500 semasa MSI Merdeka Sales 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd