Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Spoiler My Hero Academia: Kini cedera parah, adakah Eraser Head harus bersara daripada menjadi hero?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 11, 2020
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Spoiler My Hero Academia: Kini cedera parah, adakah Eraser Head harus bersara daripada menjadi hero?
Share on FacebookShare on Twitter

My Hero Academia telah mengejutkan peminat sekali lagi dalam bab terbaru dalam manga. Walaupun anime sedang bersiap sedia untuk musim ke-5, manga kini sedang melalui salah satu jalan cerita paling epik dalam siri berkat story arc terkini. Story arc ini menempatkan Pro Hero dalam keadaan yang paling parah, dan dalam bab terbaru, nampaknya sudah tiba masanya untuk Shoto Aizawa atau nama samanarannya, Eraser Head, untuk mengundurkan diri.

AMARAN! SPOILER DI BAWAH UNTUK BAB 283!

Bagi peminat yang sudah baca bab 283, mereka akan tahu Aizawa dalam situasi buruk. Hero ini berjaya menetapkan dirinya sebagai salah satu wira terbaik di dunia, tetapi tiada apa yang dia boleh buat untuk menghalang Shigaraki. Penjahat itu telah mewarisi kuasa All For One, dan walaupun dia tidak mencapai had sepenuhnya, Shigaraki telah menyebabkan kehancuran besar-besaran.

Segala bandar hancur. Beratus-ratus orang awam kemungkinan mati. Berpuluh-puluh wira profesional telah terbunuh dan berpuluhan lagi pahlawan cedera parah. Sebelum serangan terakhirnya, Shigaraki memaksa Aizawa memotong kakinya sendiri sebelum dia sempat membutakan mata adiwira kesayangan kita ini.

Bab terbaru My Hero Academia menunjukkan betapa teruknya keadaan Aizawa ketika rakan-rakan berusaha untuk menolongnya. Satu-satunya bahan yang mereka ada ialah selendang tangkapan Aizawa, tetapi pakaian tradisional tidak akan menyelamatkan nyawanya. Walaupun peminat yakin bahawa Aizawa akan sembuh daripada kecederaan ini, kemungkinan besar dia akan fikir dua tiga kali sebelum mengambil risiko seperti ini lagi.

My Hero Academia tidak mempunyai banyak pilihan selain untuk mengundurkan Aizawa daripada barisan depan pahlawan, dan ini mungkin akan kekal selamanya. Ia memerlukan masa untuk luka fizikalnya sembuh, tetapi adakah luka mental dia akan sembuh sepenuhnya? Peperangan ini bukan sesuatu yang biasa ditangani oleh hero profesional lain, dan All Might tidak ada untuk menyelamatkan keadaan.

Sekiranya kuasa baik ingin mengalahkan Shigaraki, ternyata mereka memerlukan Aizawa. Cara bimbingan kepada hero generasi baru dan quirk-nya memang tidak ternilai. Jika Aizawa berjaya menjaga kedua-dua atau salah satu matanya, itu pun sudah cukup membantu demi mengubah arus pertarungan. Kakinya yang hilang memang menyukarkan keadaan dan Aizawa mungkin perlu bertarung sekali lagi, tetapi itu tidak menghalangnya daripada menjadi hero terbaik.

Adakah masanya sudah tiba untuk Aizawa bersara? Ada cara ke untuk dia sembuh? Jom kongsi pendapat dengan saya di ruang komen! Untuk baca segala info tentang My Hero Academia, sila klik di sini!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeEraser HeadmangaMy Hero AcademiaShoto Aizawa
Previous Post

Episod 3 Tom Clancy’s Ghost Recon Breakpoint akan datang 15 September ini dengan kemaskini terbaru!

Next Post

Day One Edition dan bonus untuk Little Nightmares II telah diumumkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Day One Edition dan bonus untuk Little Nightmares II telah diumumkan!

Day One Edition dan bonus untuk Little Nightmares II telah diumumkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd