Pada 11 Jun lalu, filem anime Dragon Ball Super: Super Hero telah mula ditayangkan di seluruh pawagam Jepun dan akibatnya, pelbagai kebocoran spoiler mula melanda media sosial dan mendedahkan pelbagai aspek tentang filem, termasuk kameo watak, peristiwa yang terjadi dan banyak lagi.
Semua info di bawah diambil melalui akaun Twitter @DBSChronicles, yang dikenali sebagai sumber yang boleh dipercayai untuk maklumat dan spoiler tentang Dragon Ball. Buat masa sekarang, ada dua topik yang sedang hangat dibincangkan oleh peminat iaitu transformasi baru Gohan/Piccolo dan juga identiti antagonis terakhir.
Jika korang ingin tahu lebih lanjut, berikut adalah setiap spoiler besar daripada filem Dragon Ball Super: Super Hero.
AMARAN: SPOILER DRAGON BALL SUPER: SUPER HERO BERMULA DI SINI
Final Gohan

Salah satu spoiler terbesar, seperti yang didedahkan oleh filem adalah kemunculan transformasi terbaru Gohan, yang digelar “Final Gohan”. Bentuk ini mengatasi transformasi “Potential Unleashed” dan mengubah penampilannya: rambut Gohan menjadi putih dan dia mempunyai mata merah.
Gohan kini mempunyai empat transformasi yang boleh diakses, iaitu Super Saiyan, Super Saiyan 2, Potential Unleashed, dan Final Gohan.
Orange Piccolo

Gohan bukan satu-satunya watak dengan bentuk baru kerana nampaknya Piccolo menerima upgrade daripada Shenron dalam filem. Bentuk baru itu digelar “Orange Piccolo” dan seperti namanya, kulit Piccolo akan berubah kepada warna jingga, badannya kini lebih besar dan macho dan dia memiliki aura oren bercahaya di belakang.
Ini adalah transformasi kedua untuk Piccolo. Yang pertama adalah bentuk Super Namekian.
Vegeta akhirnya menang ke atas Goku

Di bahagian post-credit, kedua-dua Goku dan Vegeta sedang berlatih di planet milik Beerus bersama Broly. Kemudian, mereka berdua bertarung di mana Vegeta disahkan sebagai pemenang.
Gamma 2 mati dan Cell adalah antagonis utama

Gamma 2 harus mengorbankan diri untuk menyelamatkan Gohan dari Cell, yang didedahkan sebagai antagonis utama. Dalam filem ini, Cell muncul sebagai penjahat terakhir bersama bentuk dan persona baharu yang digelar Max Monster. Perbuatan ini jugalah yang membangkitkan transformasi “Final Gohan”.
Android 21 sebenarnya adalah isteri Dr. Gero, ibu kepada Android 16

Android 21 pun membuat kameo pendek dalam filem tetapi siapa sangka dia sebenarnya memegang peranan yang besar. Android 21 rupanya adalah isteri kepada Dr. Gero, dan ibu kepada Gebo (Android #16). Nama sebenarnya adalah Vomi dan penampilannya dalam filem itu secara rasmi membuatkan watak itu canon dalam francais.
Buat masa sekarang, Dragon Ball Super: Super Hero belum disahkan akan keluar di pawagam Malaysia, tetapi GSC dan TGV ada memberi teaser bahawa ia akan datang tidak lama lagi. Sementara menunggu berita lanjut, itu antara info dan spoiler besar yang saya dapat tahu tentang Dragon Ball Super: Super Hero.
Apa pendapat korang tentang spoiler di atas? Teruja tak untuk tonton filem ini? Jom kongsi pendapat di ruang komen!
Untuk segala liputan kami tentang Dragon Ball, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post