Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

SPOILER – Apa terjadi di adegan post-credit Spider-Man: No Way Home?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 17, 2021
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Filem, Movie/siri
0 0
0
SPOILER – Apa terjadi di adegan post-credit Spider-Man: No Way Home?
Share on FacebookShare on Twitter

Spider-Man: No Way Home sudah ditayangkan secara rasmi di pawagam seluruh dunia termasuk Malaysia, yang bermakna kita kini tahu apa yang ada dalam adegan post-credit.

Untuk mereka yang baru sahaja membaca artikel ini, saya perlu pesan dahulu bahawa penjelasan di bawah penuh dengan SPOILER. Jika anda masih belum menonton No Way Home dan tidak mahu pengalaman dirosakkan, berhenti membaca sekarang. Jika anda sudah tonton tetapi tidak faham apa yang terjadi, teruskan membaca.

SPOILER bermula di sini

Pertama sekali, No Way Home mempunyai dua adegan post-credit. Satu semasa pertengahan kredit dan satu lagi di penghujung kredit. Ini berguna untuk tahu sekiranya anda fikir hanya ada satu, dan serta merta keluar daripada pawagam.

Venom hadir di MCU

Venom 2's Post Credits Scene Almost Didn't Happen | Den of Geek

Post-credit pertama menunjukkan Eddie Brock (Tom Hardy) bersama Venom sedang duduk di sebuah bar di Mexico, dan menyoal pelayan bar tentang apa yang terjadi di MCU. Kedua-duanya terhibur selepas dapat tahu bahawa dunia ini dipenuhi dengan hero termasuk seorang “jutawan dalam sut besi” dan “lelaki hijau yang sentiasa marah”.

Brock dan Venom kemudian tergelak apabila dapat tahu nama lelaki hijau tersebut ialah Hulk. Nama Thanos pun dipetik di mana dia digelar sebagai “makhluk asing ungu yang suka batu/permata”.

Brock berniat untuk pergi ke New York City bagi melawat Spider-Man. Walau bagaimanapun, dia dan Venom tiba-tiba dihantar kembali ke universe mereka sendiri. Adegan itu berlaku seiring semasa Doctor Strange menghantar setiap penjahat dan kedua-dua Spider-Man (lakonan Tobey Maguire dan Andrew Garfield) ke tempat asal masing-masing.

Semasa Brock dihantar balik ke Sonyverse, sebahagian kecil dari symbiote milik Venom terpisah dan tertinggal di MCU. Jika ramalan kita semua tepat, ini bermakna kita akan melihat Venom pertama untuk francais MCU.

Doctor Strange In The Multiverse Of Madness

Doctor Strange 2 podría ser la película más importante del MCU - Gamecored

Post-credit kedua No Way Home datang tepat pada penghujung filem dan merupakan treler penuh untuk filem Doctor Strange In The Multiverse Of Madness, yang akan datang pada Mei 2022.

Teaser itu bermula di mana Dr. Strange berkata mereka telah “mengganggu kestabilan masa ruang” dan “multiverse adalah konsep yang kita tidak banyak tahu“. Kemudian, seorang individu misteri berkata kepada Strange yang “pelanggaran realiti tidak akan terlepas daripada hukuman.” Strange balas “it was the only way, but I never meant for any of this to happen”, (itu satu-satunya cara, tetapi saya tidak pernah bermaksud untuk semua ini berlaku”).

Dr. Strange kemudian mencari Wanda Maximoff aka Scarlet Witch untuk mendapatkan bantuan, dan bertanya tentang multiverse. Wanda setuju untuk membantu Dr. Strange membetulkan “masalah” ini.

Bahagian paling best dalam post-credit ini berlaku apabila Dr. Strange nampaknya bersemuka dengan Strange Supreme yang mula diperkenalkan dalam francais MCU melalui siri animasi What If? sebagai versi jahat kepada Doctor Strange.


Post-credit di Spider-Man: No Way Home bukan sahaja membuka banyak kemungkinan menarik pada masa depan, tetapi mungkin akan menjadi bab paling menarik dalam MCU kerana menjelajah dunia multiverse. Apa agaknya akan berlaku di filem seterusnya? Jom kita berkongsi teori di ruang komen.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: filempost-creditSpider-Man: No Way HomeSpoiler
Previous Post

Bukan setakat main bola sahaja, Neymar Jr. akan mula strim di Facebook Gaming!

Next Post

Jualan manga terbaik sejak 2008! Demon Slayer kalahkan Naruto dan Bleach!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Jualan manga terbaik sejak 2008! Demon Slayer kalahkan Naruto dan Bleach!

Jualan manga terbaik sejak 2008! Demon Slayer kalahkan Naruto dan Bleach!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd