Berikutan dengan acara (Ryu Ga Gotoku)RGG Summit 2022 oleh SEGA, banyak yang mereka dedahkan mengenai masa depan bagi francais Yakuza. Terdapat tiga game yang telah didedahkan semasa acara tersebut termasuk Like a Dragon: Ishin!, Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name dan Like a Dragon 8.

Dalam artikel ini, kami akan menceritakan serba sedikit tentang Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name. Ia merupakan spin-off yang berlaku diantara Yakuza 6 dan Yakuza 7 dan menceritakan apa yang berlaku kepada Kiryu Kazama. Melalui acara ini, mereka mengatakan yang game spin-off ini akan dilancarkan pada tahun 2023 di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC.
Semasa acara berlangsung, Masayoshi Yokoyama mendedahkan yang ia akan menjadi game action adventure dan saiznya adalah separuh daripada game biasa Yakuza. Tidak cukup dengan itu, dia menambah lagi dengan mengatakan yang game ini akan menampilkan elemen Yakuza tradisional seperti bersiar-siar di bandar.

Tetapi dia juga mengingatkan yang bahawa game ini adalah sampingan untuk menyediakan pemain untuk Like A Dragon 8 aka Yakuza.
Tidak banyak yang didedahkan selain maklumat yang telah ditulis di atas. Kalau korang masih belum layan trailer yang telah dikeluarkan oleh SEGA, kami sediakan di bawah:
Saya ingin mengingatkan anda bahawa Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name adalah game spin-off yang berlaku dalam francais Yakuza dan bakal dilancarkan pada tahun 2023 di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post