Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[SGF 2022] Spider-Man sertai Marvel’s Midnight Suns, akan keluar 7 Oktober

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 10, 2022
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Real time strategy, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[SGF 2022] Spider-Man sertai Marvel’s Midnight Suns, akan keluar 7 Oktober
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai sebahagian daripada Summer Game Fest, 2K telah mengeluarkan trailer sinematik baru untuk Midnight Suns di mana kita boleh lihat Spider-Man bantu menentang tentera jahat dalam kostum baru! Walaupun semua hero berkumpul untuk memerangi Lilith si antagonis, dia telah menghimpunkan askarnya sendiri iaitu Venom, Sabretooth, Scarlet Witch dan Hulk versi Fallen (versi jahat).

Selepas mengeluarkan trailer ini, 2K kemudian mengesahkan bahawa Scarlet Witch juga adalah antara “playable character” di dalam game. Ini bermakna 12 /13 daripada senarai watak Marvel’s Midnight Suns telah didedahkan termasuk Spider-Man dan Scarlet Witch yang akan ditemani oleh Hunter, Doctor Strange, Magik, Iron Man, Wolverine, Ghost Rider, Blade, Captain America, Nico Minoru dan Captain Marvel.

Selain daripada jalan cerita dan aksi pertempuran, trailer terbaru juga mengumumkan tarikh keluaran rasmi bagi game ini. Marvel’s Midnight Suns asalnya patut dikeluarkan pada Mac 2022, tetapi developer Firaxis membuat keputusan untuk menangguhkan game ini ke tarikh lain pada tahun 2022. Berkat trailer ini, kita akhirnya tahu Marvel’s Midnight Suns akan dilancarkan secara rasmi pada 7 Oktober 2022.

Bagi mereka yang tidak tahu tentang game ini, Marvel’s Midnight Suns dibuat oleh studio Firaxis Games dan merupakan game taktikal RPG di mana kita mengawal watak Hunter yang boleh di-customize mengikut citarasa pemain. Pada masa yang sama, tugas kita adalah untuk mengumpul pelbagai hero daripada siri-siri Marvel termasuk Midnight Suns, Avengers dan banyak lagi. Tugas utama pemain adalah untuk mengalahkan Lilith ketika dia berusaha untuk menghidupkan tuan, Cthon.

Marvel’s Midnight Suns akan tersedia dalam empat edisi: Standard Edition, Enhanced Edition, Digital+ Edition, and Legendary Edition:

  • Standard Edition: mengandungi base game;
  • Enhanced Edition: mengandungi game versi next-gen dan 5 skin premium;
  • Digital+ Edition: mengandungi game versi next-gen dan 11 skin premium;
  • Legendary Edition: mengandungi 23 skin premium cosmetic skins, serta akses kepada Season Pass selepas pelancaran.

Marvel’s Midnight Suns akan dilancarkan di PC, PS4, PS5,, Xbox One dan Xbox Series X pada 7 Oktober. Versi Nintendo Switch akan dilancarkan kemudian.

Untuk segala liputan kami tentang game yang diumumkan semasa Summer Game Fest, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Marvel’s Midnight SunsSpider-Manstrategi
Previous Post

[SGF 2022] Honkai: Star Rail dedahkan trailer baru “To You Who Will Soon Depart”

Next Post

[SGF 2022] Zenless Zone Zero dedahkan trailer sistem pertempuran bersama watak baru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
[SGF 2022] Zenless Zone Zero dedahkan trailer sistem pertempuran bersama watak baru!

[SGF 2022] Zenless Zone Zero dedahkan trailer sistem pertempuran bersama watak baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd