Spider-Man: Across the Spider-Verse telah mengusik para peminat di internet dengan pelbagai penampilan pertama untuk logo-logo Spider-Man untuk filem terbaru mereka. Dalam bebenang Twitter yang disiarkan pada 12 Januari 2023 semalam, akaun rasmi filem ini telah mendedahkan sembilan logo baru bertemakan labah-labah.
Daripada tweet tersebut, mereka menyatakan untuk “Temui Spider-People di sebalik logo-logo ini” apabila filem ini ditayangkan di pawagam 1 Jun 2023.
Diantara ikon yang lebih dikenali daripada tweet di atas ialah kepunyaan Hobie Brown dari Earth-138, yang digelar sebagai Spider-Man atau lebih dikenali sebagai Spider-Punk oleh peminat. Selain itu, watak kegemaraan peminat lain yang akan membuat penampilan mereka di dalam filem ini jug termasuk Miguel O’Hara (Oscar Isaac) atau lebih dikenali sebagai Spider-Man 2099 srta Jessica Drew (Issa Rae) sebagai Spider-Woman yang ikonik.
Senior animator watak, Ere Santos sebelum ini telah mengesahkan bahawa Spider-Man: Across the Spider-Verse bukanlah filem stereotaip kanak-kanak seperti kartun superhero seperti biasa dari segi jalan cerita.

Penulis dan penerbit bersama, Phil Lord dan Christopher Miller juga telah mengulas mengenai skop filem ini. Miller menyatakan bahawa filem ini akan pergi ke arah yang lebih baru dan menarik. “Perkara yang kami buat dalam filem Spider-Verse yang baru ini telah mematahkan perancangan sekali lagi. Tetapi semua orang teruja dengannya dan bukan hanya ketakutan.” Lord menambah, “Ia pasti lebih gila. Kami akhirnya membuat beberapa orang gementar. Saya rasa kami dah melakukan tugas kami.”
Spider-Man Across the Spider-Verse bukan sahaja akan menampilkan sembilan Spider-People seperti yang didedahkan melalui logo-logo itu, malah ia akan menampilkan lebih ramai lagi Spider-Man dari seluruh dunia Spider-Man.
Berikut adalah sinopsis filem ini:

Miles Morales kembali untuk bab seterusnya dalam saga Spider-Verse, Spider-Man: Across the Spider-Verse.
Selepas bersatu semula dengan Gwen Stacy, dia dilontarkan merentasi Multiverse , di mana dia bertemu dengan pasukan Spider-People yang ditugaskan untuk melindungi kewujudan mereka. Tetapi ancaman baharu muncul dan Miles mendapati dirinya terpaksa bertarung dengan Spider-Man lain serta harus mencari semula maksud menjadi “hero” supaya dia boleh menyelamatkan orang yang paling dia sayang.”
Sekali lagi saya ingatkan, Spider-Man: Across the Spider-Verse akan ditayangkan di Malaysia pada 1 Jun 2023. Untuk membaca segala liputan kami tentang francais Spider-Man termasuk fakta dan trivia menarik, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post