Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Spider-Man 2 Menjadi Game Terlaris PlayStation, Berjaya Jual Lebih 2.5 Juta Unit Sehari

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 24, 2023
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Open World, PS5
0 0
0
Spider-Man 2 Menjadi Game Terlaris PlayStation, Berjaya Jual Lebih 2.5 Juta Unit Sehari
Share on FacebookShare on Twitter

Francais Marvel’s Spider-Man bukan sahaja dikenali sebagai komik, animasi dan filem superhero yang hebat, malah ia juga adalah adaptasi game yang epik dan bagus berkat usaha Sony Interactive Entertainment dan Insomniac Games. Oleh itu, tidak hairanlah Marvel’s Spider-Man 2 berjaya mencipta rekod baru apabila dilancarkan dengan menjadi “game paling terlaris dalam sejarah PlayStation”.

Great news, Spidey fans — Marvel's #SpiderMan2PS5 has sold more than 2.5 million copies in the first 24 hours. Thanks for making this a high-flying launch! pic.twitter.com/YA47dsSRxA

— PlayStation Asia (@PlayStationAsia) October 23, 2023

Hari ini, PlayStation Asia rasmi mengumumkan bahawa game Marvel’s Spider-Man 2 telah menjual lebih 2.5 juta unit dalam masa satu hari sahaja dikeluarkan. Ini bermakna Spider-Man 2 telah menjadi game terpantas untuk dijual dalam sejarah judul “first-party” oleh Sony Interactive Entertainment.

Sebelum ini, Sony mengaku bahawa game “paling terlaris” semasa pelancaran ialah God of War: Ragnarok, yang didakwa telah menjual 5.1 juta unit pada minggu pertama debut (malangnya, mereka tidak memberikan data untuk 24 jam pertama).

Kredit: SIE

Untuk membahas sedikit tentang game ini:

Dalam Marvel’s Spider-Man 2, pemain akan meneroka bandar New York milik Marvel sebagai Peter Parker dan Miles Morales. Jalan cerita utama game ini akan membolehkan anda mengawal kedua-dua Spider-Men pada titik-titik berbeza dalam jalan cerita. Dalam dunia yang dua kali lebih besar daripada game pertama, anda akan dapat menukar hampir serta-merta antara kedua-dua watak semasa anda meneroka Manhattan, Queens dan Brooklyn.

Kredit: SIE

Kedua-dua Spider-Man mempunyai jalan cerita dan misi eksklusif di mana mereka terpaksa menghadapi musuh baharu termasuk Venom, Lizard dan Kraven. Tetapi masing-masing mempunyai kebolehan baharu: Peter dengan symbiote, dan Miles dengan kuasa Venom bioelektrik.


Bagi mereka yang berminat, Marvel’s Spider-Man 2 sudah dilancarkan sejak PlayStation 5 pada 20 Oktober 2023. Baca segala berita kami tentang game ini termasuk review dan interview eksklusif kami bersama Insomniac Games di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ps5rekodSpider-Man 2
ShareTweetSend
Previous Post

Preview Cuisineer – Game action roguelike dengan fokus pada hidangan Asia Tenggara!

Next Post

10 Anime Musim Baru, Terbaik Untuk Korang Layan! [Versi Fall Anime 2023]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
10 Anime Musim Baru, Terbaik Untuk Korang Layan! [Versi Fall Anime 2023]

10 Anime Musim Baru, Terbaik Untuk Korang Layan! [Versi Fall Anime 2023]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd