Sony Interactive Entertainment bersama pembangun SHIFT UP akan melancarkan Stellar Blade untuk PC melalui Steam dan Epic Games Store pada 11 Jun 2025, selepas debutnya di PlayStation 5 pada 26 April 2024.
Pemain PC kini boleh menyemak sama ada sistem mereka mampu menjalankan game action adventure ini dengan spesifikasi yang telah disediakan.
Minimum (1080p pada 60 FPS, Low Preset):
- CPU: Intel Core i5-7600K atau AMD Ryzen 5 1600X
- GPU: NVIDIA GeForce GTX 1060 6GB atau AMD Radeon RX 580 8GB
- RAM: 16GB
- Storan: 75GB HDD (SSD disyorkan)
Recommended (1440p pada 60 FPS, Medium Preset):
- CPU: Intel Core i5-8400 atau AMD Ryzen 5 3600X
- GPU: NVIDIA GeForce RTX 2060 SUPER atau AMD Radeon RX 5700 XT
- RAM: 16GB
- Storan: 75GB SSD
High (1440p pada 60 FPS, High Preset):
- CPU: Intel Core i5-8400 atau AMD Ryzen 5 3600X
- GPU: NVIDIA GeForce RTX 2070 SUPER atau AMD Radeon RX 6700 XT
- RAM: 16GB
- Storan: 75GB SSD
Very High (4K pada 60 FPS, Very High Preset):
- CPU: Intel Core i5-8400 atau AMD Ryzen 5 3600X
- GPU: NVIDIA GeForce RTX 3080 atau AMD Radeon RX 7900 XT
- RAM: 16GB
- Storan: 75GB SSD
Stellar Blade fersi PC hadir dengan teknologi AI upscaling dan frame generation melalui NVIDIA DLSS 4 serta AMD FSR 3, frame rate tanpa had, sokongan paparan ultrawide, serta keserasian penuh dengan DualSense controller yang menyokong haptic feedback dan adaptive trigger.

Lebih menarik lagi, pemain boleh menikmati pertarungan bos baharu, 25 kostum tambahan, dan tekstur persekitaran yang lebih tajam. Semua penambahbaikan ini juga akan diberikan kepada pemain PS5 melalui kemas kini percuma pada 11 Jun 2025.
Versi Complete Edition yang merangkumi game asas dan semua DLC juga akan tersedia untuk PC dan PS5 pada tarikh yang sama.

Untuk maklumat lanjut, layari laman blogspot Stellar Blade.
@gamersantaimy
Discussion about this post