Soulja Boy yang sebelum ni ada keluarkan pelbagai console game yang kita tengok iaitu kebanyakannya adalah “Indah khabar dari rupa”, contoh seperti SouljaGame Fuze, SouljaGame Handheld dan kesemuanya dihentikan kerana Nintendo yang memang tidak suka orang lain menggunakan produknya tanpa pengetahuannya dan mengenakan arahan “Cease and Desist” kepada Soulja Boy.
SouljaGame Handheld – SouljaWatch https://t.co/LqJITXkLeZ
— Soulja Boy (Draco) (@souljaboy) January 12, 2019
Nampaknya Soulja Boy telah kembali dan tidak serik lagi kerana dia telah keluarkan Produk game sendiri iaitu SouljaGame Handheld tetapi kalau sebelum ini dia meniru produk Nintendo dan sekarang ini dia menggunakan PS Vita versi cetak rompak yang sama dengan Sony. Dengan harga yang jauh lagi mahal walaupun harga sekarang adalah “Diskaun”.
Ramai yang persoalkan Soulja Boy dengan game dalam PS VIta, Dalam Handheld tersebut ada music player, ada camera untuk ambil gambar dan video recording, calculator, calendar, stopwatch dan….mana game? Takde dalam feature SouljaGame Handheld.
https://twitter.com/SamTheEditorYT/status/1084166699044294657
Dan untuk pengetahuan korang, Handheld ni boleh didapati dengan harga yang jauh lebih murah dengan 50 USD Dollar, sudah tentu Soulja Boy mengatakan “Produknya lebih berkualiti tinggi” dan nampaknya dia lebih yakin kerana Sony tidak mengambil tindakan, tetapi Sony yang ada sejarah menyaman kepada pihak cetak rompaknya. Sony mungkin berdiam tetapi mereka sentiasa memerhati.
@gamersantaimy
Discussion about this post