Dalam hari ini, kita dapat lagi bukti yang PS5 sedang dalam development, kita dapat tahu yang PS4 punya arkitek dan pencipta Knack iatu Mark Cerny, telah berkerjasama dengan Project Manager dari Naughty Dog iaitu David Simpson telah mengfailkan paten backward compatibility di US Patent and Trademark Office untuk pihak Sony Interactive Entertaiment.
Paten yang bertajuk “Backward compatibility by algorithm matching, disabling features, or throttling performance” ianya nampak lebih senang apabila kita melihat “flow chart” dari mereka. Sony sekarang ini mencuba beberapa idea dengan emulator seperti menggunakan CPU terbaru, Processor terbaru, mahupun memimik prestasi dari konsol yang lama.
Sony without PlayStation Now in all countries, without the games of ps3 and vita in plus, did not accept Ea Access and backward compatibility, not accepting crossplay, but the Xbox is anti consumer? 😂
— Pônei Sincero (@SinceroPonei) March 19, 2019
Contohnya, kita tidak perlu menyatukan cip PS4 dan PS5 apabila mahukan melancarkan game, tetapi dalam teori, ” peranti terbaru” ini boleh mengenalpasti sistem apa yang game yang dipasang didalam itu. Dari situ kita dapat lihat yang game itu develop dalam konsol mana, peranti terbaru ini boleh mengenalpasti game yang boleh dimain dan mengenalpasti platform asal game tersebut.
Nampaknya usaha itu telah dibatalkan ataupun telah diperlahankan dengan alasan yang kita tidak tahu, mungkin terlalu mahal ataupun Sony mahu mencari jalan bagaimana ciri khas ini diggunakan dalam PS5 mereka, bagi sesiapa yang mahukan PS5 diumumkan tahun ini, sememangnya kecewa kerana berkemungkinan besar ianya didalam pembikinan.
@gamersantaimy
Discussion about this post