Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony memperkenalkan TV BRAVIA XR yang ‘Perfect untuk PlayStation 5!’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 8, 2021
in Artikel, Berita, PS5, Teknologi, TV
0 0
0
Sony memperkenalkan TV BRAVIA XR yang ‘Perfect untuk PlayStation 5!’
Share on FacebookShare on Twitter

Sony memperkenalkan kempen ‘Perfect for PlayStation 5’ untuk TV BRAVIA XR bermodel: Z9J, A90J, A80J, X95J, X90J, yang direka khas untuk berfungsi dengan PlayStation 5 (PS5) dan menawarkan pengalaman gaming yang hebat bersama gambar dan bunyi yang mengasyikkan.

Kempen ‘Perfect for PlayStation 5’ akan membawa dua ciri eksklusif PS5 baru iaitu Auto HDR Tone Mapping dan Auto Genre Picture Mode yang akan tersedia melalui kemas kini perisian pada TV PS5 dan BRAVIA pada akhir Januari 2022. Setiap TV juga menyokong kadar bingkai hingga 120fps dalam resolusi 4K seperti yang ditentukan dalam HDMI 2.1 untuk permainan video yang serasi. Selain itu, dengan input lag serendah 6.0 ms pada model X9J4, anda akan mencapai kelancaran dan ciri responsif yang luar biasa dalam game first-person shooter, game sukan dan game prestasi tinggi permainan dengan aksi segera di skrin.

Auto HDR Tone Mapping

Dengan Auto HDR Tone Mapping, tetapan HDR akan dioptimumkan serta-merta semasa anda baru menyambungkannya kepada PS5 di mana ia akan secara automatik mengenali model TV BRAVIA tertentu dan memilih tetapan HDR terbaik untuk TV dengan sewajarnya. Dengan tahap HDR Tone Mapping yang dioptimumkan mengikut
spesifikasi paparan BRAVIA, anda akan melihat butiran dan warna yang penting walaupun kontras amat tinggi. Sebagai contoh, anda dapat melihat objek dengan lebih terperinci di litar Gran Turismo 7 (akan keluar pada Mac 2022) supaya anda tahu langkah apa untuk membuat seterusnya.

Auto Genre Picture Mode

TV BRAVIA XR dapat mengesan sama ada anda sedang bermain game atau menonton filem/rancangan. Dengan Auto Genre Picture Mode, TV anda secara automatik akan beralih ke Game Mode ketika gaming, yang meminimumkan input lag untuk membuatkan segala aksi lebih responsif, atau ke Standard Mode semasa menonton filem melalui perkhidmatan streaming atau dari cakera Ultra HD Blu-ray di PS5, yang beralih fokus kepada pemprosesan gambar bagi visual yang lebih ekspresif.

Tingkatkan pengalaman dengan produk audio Sony

TV BRAVIA XR adalah kombo terbaik untuk pelbagai produk audio Sony, seperti Sistem Teater Rumah HT-A9 atau soundbar HT-A7000 dan HT-A500010 yang bakal dilancarkan pada awal 2022. Anda boleh sambungkan produk terus ke PS5 dan alami fungsi eksklusif Auto HDR Tone Mapping dan Auto Genre Picture Mode di TV BRAVIA XR sendiri.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen TV BRAVIA XR ‘Perfect for PlayStation 5’, sila lawat pautan ini.

For more on ‘Perfect for PlayStation 5’ BRAVIA XR TVs, visit this link.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Perfect for PlayStation 5ps5SonyTV BRAVIA XR
Previous Post

PC Building Simulator kini percuma di Epic Games Store!

Next Post

Pandangan awal Beta tertutup Survival Quiz City- Selesaikan tahap sambil menjawab Quiz!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Pandangan awal Beta tertutup Survival Quiz City- Selesaikan tahap sambil menjawab Quiz!

Pandangan awal Beta tertutup Survival Quiz City- Selesaikan tahap sambil menjawab Quiz!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd