Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony memperkenalkan SRS-NB10 Wireless Neckband Speaker, bernilai RM599!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 7, 2021
in Artikel, Berita, Headset, Teknologi
0 0
0
Sony memperkenalkan SRS-NB10 Wireless Neckband Speaker, bernilai RM599!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony ingin menjadikan kerja di rumah lebih mudah dengan memperkenalkan wireless neckband speaker baru – SRS-NB10. Direka untuk letak di bahu anda, SRS-NB10 membolehkan anda membuat panggilan, mendengar muzik dan bekerja dengan selesa sepanjang hari.

SRS-NB10 dilengkapi dengan unit pembesar suara jarak jauh yang bersudut ke atas supaya bunyi dioptimumkan untuk telinga anda sahaja. Radiator pasif di bahagian belakang unit pula meningkatkan bass untuk memastikan bunyi seimbang. SRS-NB10 juga mempunyai Precise Voice Pickup Technology yang meminimumkan maklum balas dan gema, sambil memberikan kualiti suara yang jelas kepada orang. Bagi butang kawalan, pengguna dapat mengawal mikrofon dengan butang MIC Mute, butang volume di sisi SRS-NB10, dan butang Play/Pause.

SRS-NB10 bukan sahaja direka untuk kerja sahaja. Wireless neckband speaker ini sebenarnya agak ringan dan selesa di bahu. Produk ini fleksibel di bahagian belakang dan boleh dibentukkan untuk setiap pengguna tanpa kira saiz. Selain itu, gaya open-ear membolehkan pengguna mendengar panggilan walaupun sibuk dengan kerja harian. Dengan jangka hayat bateri sehingga 20 jam, SRS-NB10 adalah serasi dengan USB Type-C®. Sekiranya anda kehabisan tenaga, pengecasan pantas selama 10 minit dengan USB Type-C® memberi jangka hayat tambahan selama satu jam.

Seperti biasa, produk ini mempunyai teknologi Bluetooth, tetapi yang membuatkan SRS-NB10 lebih istimewa adalah ia juga dilengkapi dengan Multipoint Connection. Ia membolehkan pengguna menyambungkan dua peranti pada masa yang sama, seperti komputer riba dan telefon pintar anda. Sekiranya panggilan masuk ke komputer riba semasa pengguna mendengar muzik di telefon pintar, anda boleh menerima panggilan dengan menekan butang Play/Call di sebelah kiri produk. Ciri-ciri lain yang anda patut tahu adalah ia mempunyai pengesahan IPX4 (kalis air) dan hadir dalam dua pilihan warna iaitu Charcoal Grey atau White.

Ketersediaan

Sony wireless neckband speaker SRS-NB10 akan tersedia di seluruh Malaysia bermula Januari 2022 pada nilai harga RM599. Untuk senarai lengkap spesifikasi dan maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi Sony.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: audioHeadsetSonySRS-NB10Teknologiwireless neckband speaker
Previous Post

Pengembangan Watch Dogs: Legion – BLOODLINE kini tersedia di semua platform!

Next Post

Trailer baru Lord of the Rings: Gollum menampilkan Gandalf, Mouth of Sauron dan Thranduil!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Trailer baru Lord of the Rings: Gollum menampilkan Gandalf, Mouth of Sauron dan Thranduil!

Trailer baru Lord of the Rings: Gollum menampilkan Gandalf, Mouth of Sauron dan Thranduil!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd