Seperti biasa, bulan baru bermaksud pre order untuk PS5 kembali lagi untuk gamer yang ingin mencuba nasib untuk mendapatkan konsol terbaru PlayStation. Sony Centre Mid Valley sekali lagi membuka borang dalam talian untuk anda mencuba nasib pre-order untuk memiliki konsol PS5 pada bulan September 2022. Anda boleh mengisi borang tersebut melalui pautan ini. Borang ini tersedia mulai 14 September sehingga 17 September jam 2 petang.
Tetapi borang kali ini sudah dikemas kini dengan harga baru konsol PS5 untuk kedua-dua versi berikutan inflasi dunia. Kini harga pasaran bermula daripada RM 2069 untuk versi digital dan RM 2499 untuk PS5 versi pemacu cakera Ultra HD Blu-ray.

Jika anda ingin membeli PS5 versi digital dengan controller tambahan, ia dijual pada harga RM2,438 manakala untuk versi pemacu cakera Ultra HD Blu-ray dengan controller tambahan pula RM 2,868.
Lebih menarik sekali, salah satu versi konsol tersebut datang dengan bundle game Horizon Forbidden West. Ianya dijual bermula harga RM 2658 untuk versi digital manakala versi pemacu cakera Ultra HD Blu-ray pula berharga RM 2719.
Berikut adalah posting Facebook oleh Sony Centre Mid Valley:
Bukan setakat itu sahaja, terdapat banyak game tersedia untuk anda tambah pada pre order PS5, contohnya Uncharted: Legacy of Thieves Collection, Gran Turismo 7 dan lain-lain. Anda juga boleh menambah waranti untuk untuk versi konsol yang dikehendaki. Peranti PS5 lain seperti Pulse 3D Headset, media remote dan charging station juga tersedia untuk anda tempah.
Anda juga boleh melanggan PS Plus yang baru juga melalui borang dalam talian tersebut. Kalau rasa storan PS5 tidak mencukupi, anda juga boleh menambahnya. Terdapat dua pilihan NVMe M.2 SSD tersedia iaitu 1TB (RM 749) dan 2 TB (RM 1299).

Kesemua aksesori yang tersedia juga akan dijual selagi stok masih ada. Jadi, anda yang masih inginkan konsol PS5 ini, bolehlah isi borang ini pre-order untuk September 2022. Mungkin anda pula yang bertuah untuk mendapatkannya.
@gamersantaimy
Discussion about this post