Seperti biasa, bulan baru bermaksud pre order untuk PS5 dibuka sekali lagi bagi gamer yang ingin mencuba nasib mendapatkan konsol terkini PlayStation! Di sini, Sony Centre Mid Valley telah membuka borang dalam talian untuk anda mencuba nasib pre-order konsol PS5 pada bulan Oktober 2022. Anda boleh mengisi borang tersebut melalui pautan ini. Borang ini tersedia mulai 14 Oktober sehingga 16 Oktober jam 5 petang.

Cuma, borang kali ini sudah dikemas kini dengan harga baru konsol PS5 berikutan inflasi dunia. Kini harga pasaran bermula adalah RM 2499 untuk PS5 versi pemacu cakera Ultra HD Blu-ray. Buat sesiapa yang ingin membeli PS5 dengan DualSense tambahan, ia dijual pada harga RM2,848.
Lebih menarik sekali, pre-order kali ini juga datang dengan bundle game Horizon Forbidden West. Bundle itu pula dijual bermula harga RM 2719 dan jika korang menambah DualSense, ia akan berharga RM3068.
Malangnya, PS5 versi digital tidak dijual kali ini.
Berikut adalah posting Facebook oleh Sony Centre Mid Valley:
Bukan setakat itu sahaja, terdapat banyak game tersedia untuk anda tambah pada pre order PS5, contohnya FIFA 23, SD GUNDAM BATTLE ALLIANCE, THE LAST OF US PART 1 yang baru sahaja dikeluarkan baru-baru ini. Anda juga boleh menambah waranti untuk untuk versi konsol yang dikehendaki. Peranti PS5 lain seperti Pulse 3D Headset, media remote, console cover dan charging station juga tersedia untuk anda tempah.
Anda juga boleh melanggan PS Plus melalui borang dalam talian tersebut. Kalau rasa storan PS5 tidak mencukupi, anda juga boleh menambahnya. Terdapat dua pilihan NVMe M.2 SSD tersedia iaitu 1TB (RM 749) dan 2 TB (RM 1299).

Kesemua aksesori yang tersedia juga akan dijual selagi stok masih ada. Jadi, anda yang masih inginkan konsol PS5 ini, bolehlah isi borang ini pre-order untuk Oktober 2022. Mungkin anda pula yang bertuah untuk mendapatkannya.
@gamersantaimy
Discussion about this post